Semakan STR – Status Sumbangan Tunai Rahmah 2025/2026

Login STR – Semakan Status Bantuan Tunai Rahmah 2025 boleh dibuat secara online melalui pautan rasmi https://bantuantunai.hasil.gov.my/

Kementerian Kewangan telah memaklumkan bahawa bayaran Fasa 4 STR 2025 akan dikreditkan mulai 18 Oktober 2025.

Terkini, dimaklumkan juga bahawa kelayakan Penghargaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan disalurkan kepada semua warganegara berusia 18 tahun ke atas pada Februari 2026. Status boleh disemak melalui https://sara.gov.my pada tarikh yang akan dimaklumkan nanti.

SIARAN MEDIA BERKENAAN PEMBAYARAN FASA 4 SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR) 2025 DIAWALKAN MULAI 18 OKTOBER 2025

IMG 0694
IMG 0695
IMG 0696 1

Artikel kali ini, kami akan kongsikan kepada anda tentang langkah mudah Login STR 2025 dan mengenai Fasa 4 STR (18 Oktober 2025). 

Apa Itu Sumbangan Tunai Rahmah (STR)?

STR 2025 adalah bantuan tahunan yang diperuntukkan oleh Kerajaan kepada rakyat, di mana sebelum ini dikenali sebagai BSH, BPN, BPR dan BKM.

Bantuan tunai yang dilaksanakan oleh kerajaan yang lalu akan diteruskan dengan mengambil kira beban yang ditanggung rakyat saat ini.

SEMAKAN STR
Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
IMG 0698 1
Sumbangan Tunai Rahmah (STR)

Kategori Penerima STR 2025

Berikut adalah kategori penerima bantuan tunai Rahmah STR 2025 yang ditetapkan :

  • Pendapatan Isi Rumah : Kurang daripada RM2,500 sebulan
  • Pendapatan Isi Rumah : RM2,501 – RM5,000
  • Warga Emas Bujang
  • Bujang (Pendapatan kurang daripada RM2,500)

Tarikh Bayaran STR Fasa 1, 2, 3 dan 4

Bayaran bagi 4 fasa Sumbangan Tunai Rahmah tahun 2025 adalah seperti berikut:

  • Fasa 1 : 22 Januari 2025
  • Fasa 2 : 24 Mac 2025
  • Fasa 3 : 12 Ogos 2025
  • Fasa 4 : 18 Oktober 2025

Jadual Bayaran STR 2025: Fasa 1 Hingga Fasa 4 Mengikut Kategori & Pendapatan

Bagi penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025, jumlah bayaran yang diterima adalah bergantung kepada kategori kelayakan dan pendapatan isi rumah atau individu bujang/warga emas tiada pasangan. Bayaran STR dibuat secara berfasa iaitu Fasa 1, Fasa 2, Fasa 3 dan Fasa 4 sepanjang tahun.

1. Kategori Bujang / Warga Emas Tiada Pasangan

a) Pendapatan Bujang ≤ RM2,500

(Berumur 21 – 59 tahun / OKU berumur 19 – 59 tahun)

  • Kelayakan Maksimum: RM600
  • Jadual Bayaran:
    • Fasa 1: RM150
    • Fasa 2: RM150
    • Fasa 3: RM150
    • Fasa 4: RM150
b) Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan ≤ RM5,000

(Berumur ≥ 60 tahun)

  • Kelayakan Maksimum: RM600
  • Jadual Bayaran:
    • Fasa 1: RM150
    • Fasa 2: RM150
    • Fasa 3: RM150
    • Fasa 4: RM150

2. Kategori Isi Rumah

a) Pendapatan Isi Rumah ≤ RM2,500 (Tiada Had Umur)
Bilangan AnakKelayakan Maksimum (RM)Fasa 1Fasa 2Fasa 3Fasa 4
01,000500150150200
1 – 21,500500300350350
3 – 42,000500500500500
≥52,500500650650700
b) Pendapatan Isi Rumah RM2,501 – RM5,000 (Tiada Had Umur)
Bilangan AnakKelayakan Maksimum (RM)Fasa 1Fasa 2Fasa 3Fasa 4
0500150100150100
1 – 2750150150200250
3 – 41,000250200250300
≥51,250300300300350

Ringkasan Penting

  • STR Fasa 3 dan Fasa 4 2025 akan dibayar mengikut kategori dan jumlah kelayakan yang telah diluluskan dalam permohonan.
  • Penerima perlu memastikan maklumat akaun bank adalah tepat untuk memudahkan proses bayaran.
  • Jadual ini merangkumi semua kategori utama termasuk bujang, warga emas, dan isi rumah.

Dengan rujukan jadual di atas, penerima boleh menganggarkan jumlah yang akan diterima bagi setiap fasa STR 2025.

Login STR : Semakan Status Sumbangan Tunai Rahmah (MySTR)

Semakan status pembayaran bantuan Sumbangan Tunai Rahmah boleh dibuat dengan mengikuti langkah di bawah:

LOG MASUK MYSTR

Login STR

  1. Layari pautan rasmi Portal Sumbangan Tunai Rahmah https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Isikan No Kad Pengenalan.
  3. Tekan butang Log Masuk.
  4. Sahkan kunci keselamatan dan tekang butang YA.
  5. Butiran anda akan dipaparkan seperti di bawah. 
  6. Klik MAKLUMAT BAYARAN untuk melihat jumlah bayaran yang akan anda terima serta status pengkreditan.
IMG 0699

Disertakan contoh paparan yang akan dilihat pada laman web semakan.

IMG 0700
Paparan Portal Sumbangan Tunai Rahmah (STR 2025)
SEMAKAN STR
Paparan baharu laman web Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026

Pendaftaran MySTR

  1. Klik MySTR dan pastikan No MyKad anda merupakan penerima STR 2025
  2. Masukkan Maklumat Keselamatan
  3. Masukkan Kata Kunci Keselamatan dan Kata Laluan
  4. Pendaftaran berjaya

Info terkini dan maklumat lanjut berkaitan pembayaran ini boleh dirujuk soalan lazim (FAQ) di portal rasmi STR melalui pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my.

Cara Semakan Permohonan STR

Semakan status permohonan STR boleh dibuat melalui:

  1. Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah, https://bantuantunai.hasil.gov.my dengan memilih menu Log Masuk MySTR>Semakan Status; atau
  2. Hubungi Hotline BKK : 1-800-88-2747 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
  3. Hubungi MOF: 03-8882 4565 / 4566 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
  4. Hadir ke Pejabat HASiL yang berhampiran

Semakan status permohonan STR 2025 melalui Portal Rasmi STR boleh dibuat dengan mengikuti langkah-langkah berikut:

  • Klik log masuk MySTR
  • Masukkan Nombor MyKad Pemohon
  • Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
  • Masukkan Kata Laluan
  • Klik Semakan Status
  • Maklumat yang akan dipaparkan:
  • Status Permohonan
  • Maklumat Pembayaran (Jika Ada)
SEMAKAN STR
Screenshot

Lupa Kata Laluan STR

Jika anda terlupa kata laluan STR, sila ikuti langkah berikut untuk mendapatkan semula password anda:

  1. Layari pautan rasmi Portal Sumbangan Tunai Rahmah https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Klik TERLUPA KATA LALUAN.
  3. Nombor MyKad anda akan dipaparkan di Soalan Keselamatan, tekan butang SEMAK.
  4. Masukkan emel yang telah didaftarkan di Borang Permohonan STR.
  5. Klik butang SETERUSNYA.
  6. Kata laluan sementera akan dihantar ke emel yang telah didaftarkan.
  7. Jika tiada emel, klik butang SETERUSNYA.
  8. Frasa keselamatan akan dipaparkan dan pemohon perlu mengisi 3 soalan keselamatan.
  9. Klik butang SETERUSNYA.
  10. Isi KATA LALUAN BAHARU dan Pengesahan Kata Laluan.
  11. Klik butang TUKAR KATA LALUAN.
  12. Tukar Kata Laluan Baharu dengan log masuk semula dan memilih menu TUKAR KATA LALUAN MYSTR.

Semakan Status STR Terkini & Pengkreditan Bayaran

Penerima akan mendapat bayaran mengikut kriteria kelayakan masing-masing.

Pembayaran dilakukan secara automatik terus ke dalam akaun bank penerima secara berperingkat mulai manakala bagi yang tidak mempunyai akaun bank, penunaian boleh dilakukan di cawangan BSN Malaysia.

Maklumat Lanjut & Soalan Lazim Semakan STR

1. Bagaimana cara login MySTR?

Untuk login MySTR, layari portal rasmi STR di https://bantuantunai.hasil.gov.my, masukkan nombor MyKad dan kata laluan, kemudian klik ‘Login’.

2. Saya terlupa kata laluan MySTR, apa perlu saya buat?

Klik pada pautan “Lupa Kata Laluan” di laman login, masukkan maklumat yang diminta, dan ikut arahan untuk menetapkan kata laluan baharu.

3. Adakah laman www.bpr.hasil.gov.my masih aktif?

Tidak, laman ini telah digantikan dengan portal MySTR yang menguruskan bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

4. Adakah laman bsh.hasil.gov.my masih boleh diakses?

Tidak, laman ini telah dihentikan dan semua urusan bantuan kini diuruskan melalui portal MySTR.

5. Apa itu SARA login?

Ia adalah login untuk program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bagi penerima STR yang layak menerima bantuan barangan asas. Sila layari https://sara.gov.my/

6. Bagaimana cara login SARA?

Login ke laman web SARA di pautan https://sara.gov.my/ untuk lihat maklumat bantuan.

7. Bila tarikh pembayaran STR 2026?

Tarikh rasmi pembayaran STR 2026 belum diumumkan lagi.

8. Bagaimana cara semak status STR Fasa 3?

Login ke https://bantuantunai.hasil.gov.my, masukkan nombor MyKad dan kata laluan, kemudian pilih menu “Semakan Pembayaran” untuk lihat status Fasa 3.

9. Bolehkah saya semak STR Fasa 4 tanpa login?

Tidak. Anda perlu login ke portal MySTR untuk melihat status dan jumlah bayaran yang dimasukkan ke akaun anda.

10. Kenapa nama saya tiada dalam senarai penerima STR Fasa 4?

Ini mungkin kerana permohonan anda belum diluluskan, tidak layak mengikut syarat pendapatan, atau maklumat peribadi tidak dikemaskini dalam sistem.

11. Bagaimana jika bayaran STR Fasa 3 belum diterima?

Pastikan semakan status menunjukkan bayaran telah dikreditkan. Jika tidak diterima selepas beberapa hari, hubungi LHDN melalui talian rasmi atau hadir ke cawangan berdekatan untuk membuat aduan.

12. Bila pembayaran STR Fasa 4 dibuat?

Tarikh rasmi bayaran STR Fasa 4 akan ialah pada 18 Oktober 2025 seperti mana diumumkan oleh Perdana Menteri dalam Belanjawan 2026.