Rayuan STR boleh dilakukan jika permohonan STR (Sumbangan Tunai Rahmah) anda berstatus TIDAK LULUS/TIDAK LAYAK. Semakan dan rayuan STR boleh dilakukan melalui pautan: https://bantuantunai.hasil.gov.my/
Untuk makluman, Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 4 telah mula disalurkan bermula 18 Oktober 2025 (Sabtu) secara berperingkat. Tarikh ini diawalkan seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri dalam Pembentangan Belanjawan 2026.
Bagi Permohonan Baharu dan Rayuan STR 2025 Fasa 4 pula, semakan status dan pembayaran akan dilakukan mulai 13 November 2025 secara berperingkat.
Rujuk cara semak status STR, rayuan STR, maksud status STR dan info lain yang berkaitan dalam perkongsian di bawah.
Table of Contents
Cara Semak Status STR 2025
Untuk mengetahui status permohonan, anda boleh membuat semakan status permohonan STR 2025 melalui beberapa kaedah rasmi:
- KAEDAH 1: Portal Rasmi STR. Layari https://bantuantunai.hasil.gov.my, log masuk ke akaun MySTR menggunakan nombor MyKad dan kata laluan, kemudian pilih menu “Semakan Status”. Status permohonan akan dipaparkan sama ada “Lulus”, “Tidak Lulus”, atau “Dalam Proses”.
- KAEDAH 2: Pejabat LHDNM. Hadir ke mana-mana cawangan LHDNM berdekatan untuk semakan secara manual
- KAEDAH 3: Hotline BKK. Hubungi 1-800-88-2747 (9.00 pagi – 5.00 petang).
- KAEDAH 4: Hotline MOF. Hubungi 03-8882 4565 / 4566 (9.00 pagi – 5.00 petang)
Atau, rujuk gambar di bawah:
Bayaran STR FASA 4 2025
Pembayaran STR 2025 Fasa 4 bagi Penerima Sedia Ada STR 2025 adalah seperti perincian berikut:
- Pengkreditan ke akaun bank Pemohon/Pasangan – mulai 18 Oktober 2025 secara berperingkat.
- Penunaian di Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) – mulai 21 Oktober 2025.
Penerima bayaran STR 2025 Fasa 4 merujuk kepada permohonan STR 2025 yang berstatus Lulus.
Bagi Permohonan Baharu dan Rayuan STR 2025 Fasa 4, semakan status dan pembayaran akan dilakukan mulai 13 November 2025 secara berperingkat.
Maksud Status STR 2025
Status STR merujuk kepada status permohonan dan pembayaran bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) tahun 2025.
Setelah anda membuat semakan dan mendapati permohonan anda berstatus LULUS, anda layak menerima bantuan tersebut.
Namun, sekiranya permohonan anda TIDAK LULUS atau TIDAK LAYAK,anda masih berpeluang untuk mengemukakan rayuan bagi mempertimbangkan semula kelayakan anda.
Berikut adalah antara soalan lazim berkenaan Status Permohonan Sumbangan Tunai Rahmah dan mengapa sebahagian daripada penerima tahun 2024 menerima status TIDAK LULUS bagi STR 2025:
MAKSUD STATUS PERMOHONAN DITERIMA
Apakah yang dimaksudkan dengan status Permohonan Diterima dan Dalam Proses?
Status Permohonan Diterima adalah merujuk kepada permohonan STR yang telah diterima dan akan melalui proses verifikasi mengikut tempoh permohonan dihantar. Permohonan tersebut masih dibenarkan untuk dikemas kini sehingga status permohonan ditukar kepada status Dalam Proses.
Status Dalam Proses pula adalah merujuk kepada permohonan STR yang telah diterima dan sedang dalam proses verifikasi kelayakan STR 2024.
MAKSUD STATUS LULUS
Apakah yang dimaksudkan dengan status Lulus?
Status Lulus adalah merujuk kepada permohonan STR yang menepati syarat kelayakan selepas proses semakan verifikasi dilakukan.
MAKSUD STATUS TIDAK LULUS
Apakah yang dimaksudkan dengan status Tidak Lulus?
Status Tidak Lulus adalah merujuk kepada permohonan STR yang tidak menepati syarat kelayakan selepas proses semakan verifikasi dilakukan.
APA PERLU BUAT JIKA STR 2025 TIDAK LULUS?
Apakah yang saya perlu lakukan sekiranya permohonan STR saya berstatus Tidak Lulus?
Bagi permohonan yang Tidak Lulus, pemohon boleh merujuk Soalan Lazim (FAQ) Permohonan STR 2025 untuk mengenal pasti Alasan Tidak Lulus dan dokumen sokongan yang diperlukan semasa membuat Permohonan Rayuan STR.
Sila klik untuk Kod Alasan Tidak Lulus dan Senarai Dokumen Sokongan yang perlu dimuatnaik ke dalam sistem semasa permohonan secara dalam talian atau dikemukakan ke Pejabat HASiL / Pejabat Satelit (PS) / Urban Transformation Centre (UTC) HASiL bagi Permohonan Semakan Semula (Rayuan) secara Borang Kertas.
MAKSUD TIDAK LAYAK STR 2025
Saya membuat semakan pada Menu Semakan Status Permohonan dan paparan Status Permohonan adalah Tidak Layak. Apakah yang dimaksudkan dengan Tidak Layak?
Sila hubungi pejabat HASiL berdekatan untuk mengetahui maklumat lanjut berkenaan Status Tidak Layak tersebut.
Langkah Selepas Status Tidak Lulus
Apa Perlu Dilakukan Sekiranya Status STR TIDAK LULUS/TIDAK LAYAK:
1.Sediakan Dokumen Sokongan:
Pastikan semua dokumen berkaitan dikemaskini dan lengkap bagi menyokong permohonan rayuan anda.
2. Semak Alasan Tidak Lulus:
Alasan tidak lulus boleh disemak di portal MySTR pada bahagian “Semakan Status”. Setiap permohonan yang tidak lulus akan diberikan kod atau sebab penolakan tertentu.
3. Permohonan Rayuan:
Pemohon yang berstatus “Tidak Lulus” boleh membuat rayuan dalam tempoh yang akan diumumkan secara rasmi. Rayuan boleh dibuat secara online melalui portal STR atau secara manual di pejabat LHDNM dengan mengemukakan borang dan dokumen sokongan yang diperlukan.
Tarikh Bayaran Permohonan Baru & Rayuan STR Fasa 4 2025

Bagi Permohonan Baharu dan Rayuan STR 2025 Fasa 4, semakan status dan pembayaran akan dilakukan mulai 13 November 2025 secara berperingkat.
Permohonan Rayuan STR dibuka khusus untuk pemohon yang menerima status “Tidak Lulus” atau permohonan ditolak bagi Sumbangan Tunai Rahmah (STR).
Rayuan STR memberi peluang kedua kepada pemohon untuk mengemukakan maklumat terkini atau dokumen sokongan tambahan bagi membuktikan kelayakan mereka.
Cara Buat Rayuan STR
Permohonan rayuan boleh dibuat secara dalam talian ATAU melalui borang kertas secara manual di kaunter LHDNM.
Secara Dalam Talian (Online):
- Layari portal rasmi STR di https://bantuantunai.hasil.gov.my.
- Log masuk ke akaun MySTR anda menggunakan nombor MyKad dan kata laluan.
- Pilih menu “Permohonan Rayuan” apabila tempoh rayuan dibuka.
- Lengkapkan maklumat yang diperlukan dan muat naik dokumen sokongan yang relevan.
Secara Manual di Kaunter LHDNM:
- Hadir ke mana-mana cawangan LHDNM, Pejabat Satelit (PS), atau Pusat Transformasi Bandar (UTC).
- Dapatkan borang Permohonan Rayuan STR 2025 (BK-01) secara percuma di kaunter atau muat turun dari portal rasmi STR.
- Isi borang dengan lengkap dan sediakan dokumen sokongan.
- Serahkan borang dan dokumen di kaunter. Penghantaran melalui e-mel tidak diterima
NOTA:
Permohonan Semakan Semula (Rayuan) STR 2025 secara dalam talian boleh dibuat oleh semua pemohon yang berstatus Tidak Lulus, kecuali bagi permohonan yang berstatus Kod Duplikasi dan Kod 32 – Permohonan Dari Luar Negara. Permohonan rayuan bagi Kod Duplikasi dan Kod 32 hanya boleh dibuat secara manual di kaunter LHDNM.
- Kod Duplikasi: Merujuk kepada permohonan yang didapati berganda (lebih daripada satu permohonan atas nama sama).
- Kod 32 – Permohonan Dari Luar Negara: Merujuk kepada permohonan yang dibuat dari luar Malaysia.
Dokumen Diperlukan
Berikut ialah alasan Tidak Lulus STR dan Dokumen Sokongan yang diperlukan semasa membuat Permohonan Rayuan STR:








Rayuan STR Fasa 4
Rayuan STR 2025 untuk Fasa 4 telah dibuka kepada pemohon yang berstatus “Tidak Lulus” dalam tempoh yang telah ditetapkan oleh LHDNM, iaitu dari 2 Januari hingga 30 September 2025. Ini bermaksud tempoh permohonan rayuan STR Fasa 4 2025 sudah DITUTUP.
Pembayaran untuk rayuan STR Fasa 4 dan juga permohonan baru akan mula dibuat secara berperingkat bermula 13 November 2025 sama ada secara pengkreditan terus ke akaun bank atau penunaian di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN).
Bila Rayuan STR Masuk?
Dah buat rayuan, dan tertanya-tanya bila rayuan STR Masuk?
Pembayaran bagi pemohon yang membuat Rayuan STR 2025 serta permohonan baru untuk fasa 4 (akhir), akan disalurkan secara berperingkat pada 13 NOVEMBER 2025.
Pembayaran Fasa 4 bagi yang berstatus lulus pula telah pun mula dikreditkan pada 18 Oktober 2025 secara berperingkat.
Penerima rayuan yang diluluskan hanya akan menerima bayaran bermula fasa kelulusan tersebut dan seterusnya, mengikut kategori kelayakan masing-masing. Ini bermakna, anda akan menerima bayaran untuk Fasa 4 sahaja.
Permohonan Baru & Kemas Kini STR Tahun 2026 (Fasa 1)
Jangan terlepas permohonan baru dan kemaskini STR untuk Fasa 1 tahun hadapan, 2026.
Tempoh permohonan STR adalah sepanjang tahun mulai 13 Oktober 2025.
Tapi jangan silap pula, untuk mendapatkan bayaran Fasa 1 2026, permohonan baru dan kemaskini perlu dilakukan dalam tempoh 13 Oktober 2025 sehingga 28 November 2025.
Permohonan STR yang tidak dikemas kini selama 3 tahun berturut – turut perlu mengemas kini permohonan STR 2026.
Maklumat Lanjut
Untuk sebarang bantuan lanjut, sila hubungi Pejabat LHDNM yang berdekatan anda.
Atau, layari laman web rasmi Sumbangan Tunai Rahmah(STR) di pautan berikut: https://bantuantunai.hasil.gov.my/



