SARA Bulanan 2026 – Semakan Status & Bayaran

SARA BULANAN BAGI BULAN MAC TELAH DIKREDITKAN MULAI 1 APRIL 2026. Semakan bayaran boleh dilakukan di Portal Rasmi SARAsara.gov.my/ atau aplikasi MyKasih.

Apa itu SARA (Sumbangan Asas Rahmah)?

SARA ialah singkatan Sumbangan Asas Rahmah, iaitu bantuan tunai kerajaan yang disalurkan secara tanpa tunai (cashless) melalui MyKad penerima bagi membantu rakyat membeli barangan keperluan asas harian.

Bantuan ini bertujuan meringankan kos sara hidup, khususnya bagi golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

Melalui SARA, penerima boleh menggunakan kredit yang dimasukkan terus ke dalam MyKad untuk membeli barangan asas di lebih 4,100 kedai terpilih di seluruh negara. Antara kedai yang terlibat termasuk pasar raya besar seperti Giant, Mydin, HeroMarket, selain banyak lagi kedai runcit tempatan termasuk kedai kampung.

Untuk SARA RM100 yang diberikan secara one-off, bantuan ini disalurkan mengikut individu. Ini bermakna, jika dalam satu keluarga terdapat 4 orang dewasa yang layak, jumlah keseluruhan bantuan yang diterima boleh mencecah RM400 untuk satu rumah.

SARA BULANAN
IMG 1304
IMG 1305

Tarikh Bayaran SARA 2026 Mengikut Kategori

Tarikh Bayaran SARA 2026 Mengikut Kategori dilaksanakan secara berperingkat mengikut jenis bantuan dan kumpulan penerima bagi memastikan proses agihan berjalan lancar. Berikut ialah perincian tarikh penting SARA 2026

1. SARA Bulanan
  • 9 Januari 2026: Bayaran dikreditkan kepada penerima Isi Rumah dan Warga Emas.
  • 16 Januari 2026: Bayaran dikreditkan kepada penerima Individu Bujang.
2. SARA Untuk Semua (One-off)
  • 9 Februari 2026: Bayaran diberikan kepada semua warganegara Malaysia pemegang MyKad berumur 18 tahun dan ke atas yang layak.

NOTA PENTING:-

  • Semakan kelayakan boleh dibuat sehari sebelum tarikh pelaksanaan untuk setiap kategori.

Jadual Pembayaran SARA 2026

Bagi pemohon yang sudah diluluskan untuk menerima Bantuan STR FASA 1 2026, anda boleh rujuk jadual pembayaran SARA 2026 berikut:

IMG 1306

Penerima STR 2026 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan
yang tiada dalam senarai eKasih juga layak SARA 2026 seperti berikut:

  1. Penerima STR 2026 kategori Isi Rumah layak RM1,200 setahun atau RM100
    setiap bulan bagi tempoh 12 bulan bermula Januari 2026.
  2. Penerima STR 2026 kategori Bujang layak RM600 setahun atau RM50 setiap
    bulan bagi tempoh 12 bulan bermula Januari 2026.
  3. Penerima STR 2025 kategori Warga Emas Tiada Pasangan layak RM600 setahun
    atau RM50 setiap bulan bagi tempoh 12 bulan bermula Januari 2026.

Senarai Barangan Boleh Dibeli Guna SARA

Kredit SARA boleh digunakan untuk membeli barangan daripada 14 kategori utama yang merangkumi sehingga 90,000 jenis barangan. 

Senarai Kategori & Contoh Barangan 

  1. Beras (pelbagai jenama berdaftar)
  2. Telur ayam (gred A–C)
  3. Roti (roti putih, roti gandum, roti sandwich)
  4. Minyak masak (minyak sawit, minyak sayuran)
  5. Biskut (krim, kering)
  6. Mi segera & bihun
  7. Tepung gandum
  8. Minuman (Milo, teh, kopi, susu tepung, susu pekat, susu kotak)
  9. Perasa & bahan perasa (gula, garam, sos, rempah)
  10. Makanan dalam tin (sardin, kacang panggang, tuna, susu pekat)
  11. Barangan penjagaan diri (sabun mandi, syampu, ubat gigi, tuala wanita)
  12. Ubat asas tanpa preskripsi (paracetamol, ubat batuk ringan, plaster luka)
  13. Keperluan sekolah (alat tulis, pakaian seragam, kasut)
  14. Barangan kebersihan rumah (sabun pencuci pakaian, pencuci pinggan, cecair pencuci lantai)

Senarai Barang Yang Tidak Dibenarkan

  1. Rokok/vape, minuman beralkohol, barang elektrik, peralatan elektronik, alat permainan & gajet, dan barang tidak berkaitan keperluan asas.​
  2. Barangan basah & segar (sayur, ikan, ayam, daging, buah-buahan)
IMG 1305 1
SARA Bulanan 2026 – Semakan Status & Bayaran 10

Cara Semak Kelayakan SARA 2026

Semakan status kelayakan bagi SARA 2026 untuk kategori bujang telah dibuka. Anda boleh semak kelayakan SARA 2026 menggunakan DUA kaedah iaitu:

IMG 1307
SARA Bulanan 2026 – Semakan Status & Bayaran 11

Cara Beli Barang SARA Guna MyKad

Berikut ialah langkah ringkas untuk menebus dan menggunakan bantuan SARA di kedai runcit berdaftar:

  1. Pilih barangan keperluan asas yang layak daripada 14 kategori dengan label SARA/MyKasih di kedai berdaftar.
  2. Tunjukkan MyKad di kaunter sebagai pengesahan penerima.
  3. Tukar PIN sementara MyKad kepada PIN baharu untuk keselamatan.
  4. Juruwang mengimbas barangan dan anda masukkan PIN 6 digit untuk sahkan bayaran.
  5. Amaun pembelian ditolak terus daripada kredit SARA dalam MyKad.
  6. Simpan resit dan gunakan baki bantuan yang tidak habis pada bulan berikutnya.
IMG 1308

Cara Semak Barang SARA Guna Apps MyKasih

Untuk menyemak barangan yang dibenarkan menggunakan bantuan SARA melalui aplikasi MyKasih, penerima boleh mengikuti langkah-langkah berikut:

  1. Muat turun aplikasi MyKasih melalui Google Play Store atau Apple App Store.
  2. Buka aplikasi dan log masuk menggunakan maklumat yang diperlukan, atau gunakan aplikasi tanpa log masuk bagi fungsi tertentu.
  3. Pilih fungsi “Imbas Kod Bar” atau “Scan Barcode” yang tersedia dalam aplikasi.
  4. Imbas kod bar pada produk di kedai untuk mengetahui sama ada barangan tersebut layak atau tidak dibeli menggunakan bantuan SARA.
  5. Semak katalog barangan dan kategori produk yang diluluskan untuk pembelian menggunakan bantuan SARA yang dipaparkan dalam aplikasi.
  6. Gunakan aplikasi untuk mencari lokasi kedai runcit berdaftar yang menerima pembayaran SARA berhampiran kawasan anda.

Muat Turun Aplikasi MyKasih

Aplikasi rasmi MyKasih Malaysia merupakan aplikasi mudah alih yang direka untuk memudahkan penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) menyemak dan mengurus bantuan yang diterima. 

Melalui aplikasi ini, pengguna boleh mengetahui baki kredit bantuan, menyemak senarai barangan yang dibenarkan, mencari kedai runcit berdaftar, serta mengimbas kod bar produk bagi memastikan barangan tersebut layak dibeli menggunakan bantuan MyKasih.

Muat turun secara percuma dari Google Play Store untuk Android dan Apple App Store untuk iOS.

IMG 1309
SARA Bulanan 2026 – Semakan Status & Bayaran 12

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut berkenaan MyKasih atau SARA 2026 sila rujuk/layari: