Permohonan STR 2026 boleh dibuat secara atas talian melalui laman web rasmi https://bantuantunai.hasil.gov.my/. Permohonan dan kemas kini bagi kelayakan STR 2026 Fasa 1 dibuka bermula 13 Oktober 2025 hingga 28 November 2025.
Sekiranya nama anda tiada dalam pangkalan data STR, anda boleh membuat permohonan bagi membolehkan proses verifikasi mengikut kategori kelayakan STR dimuktamadkan.
Permohonan STR yang tidak dikemas kini selama 3 tahun berturut – turut perlu mengemas kini permohonan STR 2026.
Berikut dikongsikan info lebih lanjut mengenai permohonan STR 2026.
Table of Contents
Apakah itu STR – Sumbangan Tunai Rahmah 2026
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah merupakan salah satu inisiatif pihak kerajaan untuk membantu meringankan beban dan mengurangkan kos sara hidup rakyat terutamanya bagi isi rumah yang berpendapatan rendah.
Melalui pembentangan Belanjawan 2026, kerajaan mengumumkan bahawa jumlah peruntukan untuk program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) meningkat kepada RM15 bilion, berbanding RM13 bilion yang diperuntukkan pada tahun 2025.
Jumlah ini adalah hasil penjimatan subsidi bahan api dan langkah penambahbaikan tatakelola kerajaan untuk memastikan bantuan sampai kepada mereka yang layak.
Objektif utama bantuan ini adalah untuk meringankan beban kewangan rakyat Malaysia yang terkesan akibat inflasi, pandemik, dan cabaran ekonomi semasa.
STR 2026 disasarkan kepada:
- Isi rumah berpendapatan bulanan bawah RM2,500 atau antara RM2,501 hingga RM5,000.
- Warga emas tiada pasangan berpendapatan ≤ RM5,000.
- Individu bujang berpendapatan ≤ RM2,500 yang menepati kriteria kelayakan (bukan pelajar sepenuh masa).
- Program ini juga memperluas perlindungan kepada komuniti dalam eKasih dan golongan rentan yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Antara intipati utama berkaitan STR dalam Belanjawan 2026 termasuklah:
- Seramai 9 juta penerima STR akan terus menikmati faedah bantuan ini, dengan tambahan SARA sehingga RM100 sebulan atau RM1,200 setahun.
- Penerima yang berdaftar di bawah sistem e-Kasih akan menerima bantuan SARA lebih tinggi, sehingga RM200 sebulan.
- Isi rumah berpendapatan kurang dari RM2,500 sebulan dan mempunyai lima anak boleh menerima bantuan maksimum sehingga RM4,600 setahun melalui gabungan STR dan SARA.
- STR fasa 4 yang bernilai RM2 bilion akan dibayar lebih awal sempena perayaan Deepavali 2025, sebagai tanda pengiktirafan terhadap beban kos perayaan.
Syarat Kelayakan STR 2026
Siapa yang Layak Menerima Sumbangan Tunai Rahmah 2026? Rujuk jadual di bawah:
| Kategori Individu | Syarat Kelayakan |
|---|---|
| Isi Rumah | Kahwin; atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; danPendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah |
| Warga Emas Tiada Pasangan | Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; danPendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah |
| Bujang | Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan Had umur adalah 21-59 tahun; dan Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa dan Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah |
Individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas termasuk OKU berumur 19 tahun dan ke atas yang masih belajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam / Swasta hanya dibenarkan untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak / tanggungan permohonan isi rumah dan tidak dibenarkan membuat permohonan sebagai individu bujang.
Cara Permohonan STR 2026
Permohonan STR 2026 boleh dibuat melalui dua cara iaitu;
- Melalui Portal STR 2026 di pautan berikut: https://bantuantunai.hasil.gov.my atau;
- Secara manual dengan pengemukaan borang ke pejabat HASiL berdekatan anda.
Sila rujuk panduan pengguna bagi tatacara untuk membuat permohonan STR 2026
Pemohon yang perlu membuat Permohonan Baharu STR 2026 adalah seperti berikut:
- Individu atau isi rumah yang belum pernah membuat permohonan STR sebelum ini (pemohon baharu).
- Mereka yang tidak tersenarai sebagai penerima STR tahun sebelumnya dan ingin mendapatkan bantuan untuk tahun 2026.
- Individu atau isi rumah yang telah mendapat status “Tidak Layak” selepas semakan STR sebelumnya, perlu membuat permohonan baharu jika ingin dipertimbangkan semula.
UPDATE : Mulai 15 Oktober, pengguna boleh log masuk menggunakan akaun sedia ada.
Permohonan STR 2026 Secara Online Melalui Portal MySTR
Untuk memohon melalui Portal STR 2026, sila rujuk langkah-langkah berikut:
1. Layari Portal STR 2026 di pautan berikut: https://bantuantunai.hasil.gov.my.
2. Klik butang “Permohonan Baharu”.
3. Pilih sama ada ingin meneruskan permohonan dengan MyDigital ID (imbas kod QR) atau klik ‘Ya, Teruskan’ untuk permohonan biasa tanpa MyDigital ID.
4. Lengkapkan maklumat pemohon isikan nombor MyKad anda dan tekan butang “Semak” untuk pengesahan awal.
5. Isi semua maklumat peribadi, maklumat tanggungan, pendapatan, maklumat bank dan alamat emel yang diperlukan dalam borang permohonan.
6. Muat naik dokumen sokongan seperti salinan MyKad, sijil nikah, sijil kelahiran anak, bukti pendapatan atau dokumen berkaitan sekiranya diminta.
- Sekiranya Pemohon berstatus Kahwin, sila muat naik dokumen sijil perkahwinan atau sila kemukakan sijil perkahwinan asal dan salinan ke Pejabat HASiL berhampiran selewat-lewatnya 7 hari selepas permohonan dibuat bagi tujuan pemprosesan permohonan.
- Sekiranya Pemohon berstatus Cerai, sila muat naik dokumen sijil cerai atau sila kemukakan sijil cerai asal dan salinan ke Pejabat HASiL berhampiran selewat-lewatnya 7 hari selepas permohonan dibuat bagi tujuan pemprosesan permohonan.
- Sekiranya Pemohon berstatus Kematian Pasangan, sila muat naik sijil kematian pasangan atau sila kemukakan sijil kematian asal dan salinan ke Pejabat HASiL berhampiran selewat-lewatnya 7 hari selepas permohonan dibuat bagi tujuan pemprosesan permohonan.
7. Buat pengesahan dan tandakan kotak persetujuan sebelum menghantar permohonan.
8. Hantar permohonan dan simpan nombor rujukan permohonan selepas berjaya dihantar untuk semakan status kemudian hari.
NOTA:
- Permohonan juga boleh dibuat di kaunter LHDN atau Pusat Khidmat Hasil jika menghadapi masalah akses online.
- Anda WAJIB daftar akaun MySTR baharu walaupun pernah mohon STR sebelum ini.
- Pastikan semua maklumat diisi lengkap dan betul untuk mengelakkan permohonan ditolak.
- Permohonan dibuka sepanjang tahun bermula 13 Oktober 2025.
Tarikh Akhir Permohonan STR 2026
Permohonan STR 2026 dibuka sepanjang tahun bermula 13 Oktober 2025.
Jadual Bayaran STR 2026 Mengikut Kategori
Fasa Pembayaran STR 2026
| Fasa | Kaedah Pembayaran dan Tarikh Pembayaran |
| Fasa 1 | Maklumat fasa bayaran akan dikemas kini dari semasa ke semasa |
| Fasa 2 | Maklumat fasa bayaran akan dikemas kini dari semasa ke semasa |
| Fasa 3 | Maklumat fasa bayaran akan dikemas kini dari semasa ke semasa |
| Fasa 4 | Maklumat fasa bayaran akan dikemas kini dari semasa ke semasa |
NOTA: Kepada pemohon yang belum kemas kini permohonan 3 tahun berturut-turut, perlu kemas kini permohonan STR 2025
Kadar Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah 2026 (STR 2026)
Kadar bayaran STR 2026 bergantung pada kelayakan berdasarkan fasa permohonan yang diluluskan. Rujuk jadual di bawah:
| Pendapatan | Kadar STR 2026 | |||
| Isi Rumah | Anak ≥ 5 | Anak 3 – 4 | Anak 1 – 2 | Anak 0 |
| ≤ RM2,500 | RM2,500 | RM2,000 | RM1,500 | RM1,000 |
| RM2,501 – RM5,000 | RM1,250 | RM1,000 | RM750 | RM500 |
| Warga Emas Tiada Pasangan | ||||
| ≤ RM5,000 | RM600 | |||
| Bujang | ||||
| ≤ RM2,500 | RM600 | |||
Sumber: Laman web rasmi Portal Manfaat 2026
Kaedah Pembayaran STR
Penerima bantuan STR boleh mendapatkan bayaran tersebut melalui dua cara iaitu:
- Walk In ke Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) : Bagi yang tidak memiliki akaun bank, bayaran boleh dituntut di cawangan BSN.
- Pengkreditan ke Akaun Bank : Wang bantuan akan dimasukkan terus ke dalam akaun penerima atau pasangan.
Pembayaran akan dilakukan secara tunai sekiranya:
- Status pengkreditan gagal kredit
- Tiada maklumat akaun bank
Pastikan anda telah membuat semakan status kelayakan melalui laman web rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (https://bantuantunai.hasil.gov.my) sebelum datang ke kaunter untuk tujuan penunaian.
Maklumat Lanjut STR 2026
Untuk mengetahui maklumat terkini mengenai STR 2026, anda boleh ikuti dan layari:
- Laman web rasmi STR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Facebook rasmi Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)
- Perincian Belanjawan 2026
Info STR 2026 juga akan dikemaskini dari masa ke semasa di laman web ini, pastikan anda mengikuti kami di saluran Whatsapp untuk notifikasi maklumat terkini.



