Bantuan Awal Persekolahan 2026 (BAP) – KPM

Bantuan Awal Persekolahan ( BAP ) untuk sesi persekolahan 2026/2027 sebanyak RM 800 juta akan mula diedarkan oleh pihak sekolah setelah memuktamadkan kaedah pembayaran melalui borang pengesahan pilihan kaedah terima BAP 2026 yang perlu diisi oleh waris ibu bapa.

Penyaluran bantuan akan dibuat di sekolah melalui guru kepada ibu bapa.

Selain itu kerajaan untuk memperuntukkan beberapa bantuan lain seperti Penyediaan Biasiswa Kecil Persekutuan (RM150 Juta), Rancangan Makanan Tambahan (RM870 Juta), dan Bantuan Am Persekolahan diperluas sehingga Tingkatan 5 (RM180 Juta).

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda perincian lanjut berkaitan dengan Bantuan Awal Persekolahan 2026.

Pengenalan Bantuan Awal Persekolahan (BAP)

Bantuan Awal Persekolahan (BAP) mula diperkenalkan pada tahun 2012 bertujuan untuk meringankan beban perbelanjaan persekolahan anak-anak yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga terutamanya pada awal tahun. 

Dalam Bajet 2023 terdahulu, Kerajaan telah mengumumkan menyediakan Bantuan Awal Persekolahan sebanyak RM150 untuk semua murid, tanpa mengira had pendapatan dan usul ini diteruskan oleh Kerajaan Perpaduan pimpinan PM Anwar Ibrahim.

Bagi tahun hadapan, Bantuan Awal Persekolahan 2026 akan diteruskan dan diberikan kepada murid-murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya tanpa mengira pendapatan ibu bapa.

Selain itu, kerajaan turut memperluas Bantuan Am Persekolahan (BAPs) kepada murid miskin sehingga Tingkatan Lima, berbanding hanya hingga Tingkatan Tiga sebelum ini, dengan peruntukan berjumlah RM180 juta.

Dalam masa sama, kerajaan turut menyediakan RM150 juta bagi Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP) kepada anak-anak daripada keluarga kurang berkemampuan.

Langkah ini mencerminkan komitmen kerajaan di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) untuk memperkukuh akses pendidikan yang adil, menyeluruh dan inklusif bagi semua lapisan masyarakat.

Selain itu Rancangan Makanan Tambahan (RMT) diteruskan bagi memastikan murid terus mendapat makanan berkhasiat. Untuk itu kerajaan memperuntukkan RM870 juta bawah Rancangan Makanan Tambahan (RMT) yang akan memanfaatkan 870,000 murid di seluruh negara.

Bantuan Awal Persekolahan 2026 (BAP)
Reformasi Pendidikan Madani

Kadar Bantuan

Murid yang layak akan menerima BAP akan diberi bantuan sebanyak RM150.00 bagi seorang murid secara sekaligus (one-off).

Peluasan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) untuk pelajar Tingkatan 6 sebanyak RM150 setiap seorang bakal memberi manfaat kepada 100,000 orang pelajar dengan kos keseluruhan berjumlah RM15 juta.

Peluasan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) untuk pelajar Tingkatan 6 bermula pada Sesi Akademik 2026/2027 adalah cerminan keprihatinan Kerajaan MADANI untuk meringankan beban kewangan ibu bapa dan penjaga dalam melakukan persiapan persekolahan.

Ia juga dilihat sebagai usaha berterusan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk memperkasakan pendidikan Tingkatan 6.

Bantuan Awal Persekolahan 2026 (BAP)

Bantuan Awal Persekolahan 2026 (BAP)

Syarat / Kriteria Kelayakan Bantuan Awal Persekolahan (BAP)

Pemberian BAP kepada murid-murid dibuat berdasarkan kriteria-kriteria berikut:

  1. Murid warganegara Malaysia :
  2. Murid Tahun 1 hingga Tingkatan 6 atau yang setaraf dengannya bagi Sesi Persekolahan 2026/2027; dan
  3. Murid bersekolah di :
    • Sekolah Kerajaan (SK)
    • Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK)
    • Sekolah Agama
    • Sekolah Swasta Persendirian yang berdaftar dengan Kerajaan
    • Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih
    • Sekolah Integriti
    • Sekolah Henry Gurney

Kaedah Penyaluran Bayaran

Bantuan akan disalurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) secara berperingkat terus ke;

  • Akaun Kumpulan Wang Kerajaan (KWK) sekolah; ATAU
  • Akaun Khas Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) bagi sekolah yang tidak mempunyai Akaun KWK

Mulai tahun 2026, pengagihan Bantuan Awal Persekolahan akan dibuat secara terus (tunai) di sekolah melalui guru kepada ibu bapa.

“Ini bagi memastikan hubungan baik antara guru dan ibu bapa demi pendidikan lebih baik anak-anak,” kata beliau ketika membentangkanBelanjawan 2026 di Dewan Rakyat.

Bantuan Awal Persekolahan 2026 (BAP)
Bantuan Awal Persekolahan 2026

Tarikh Penyaluran BAP 2026

Tarikh terima Bantuan Awal Persekolahan 2026 KPM bagi sesi 2026/2027 masih belum diumumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Namun ia lazimnya disalurkan pada bulan Januari setiap tahun.

Maklumat terkini akan dikemaskini dari semasa ke semasa apabila pengumuman dibuat nanti.

Borang Bantuan Awal Persekolahan (BAP 2026)

Pihak sekolah akan menetapkan kaedah pembayaran kepada setiap murid.

Murid atau ibu bapa tidak perlu membuat permohonan kerana semua murid layak dan pemberian ini tidak berdasarkan data pendapatan ibu bapa dalam APDM (Aplikasi Pangkalan Data Murid).

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang maklumat lanjut berkaitan Bantuan Awal Persekolahan 2026 (BAP), anda boleh rujuk pada pautan berikut: