Bantuan SARA RM200 Jun 2025 Telah Dikreditkan Ke Dalam Akaun Penerima

Poster BANTUAN SARA RM200
Bantuan SARA RM200 Jun 2025 Telah Dikreditkan Ke Dalam Akaun Penerima 10

Bantuan SARA dengan bayaran RM200 bagi bulan Jun 2025 kini telah mula dikreditkan kepada penerima yang layak melalui sistem MyKad.

Inisiatif ini adalah sebahagian daripada pelaksanaan Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang bertujuan membantu golongan B40 dan miskin tegar meringankan kos sara hidup dengan membeli barangan keperluan asas setiap bulan.

Ramai penerima yang berdaftar di bawah STR dan eKasih telah menerima bayaran secara automatik. Namun, masih terdapat sebahagian yang belum menerima bantuan dan tertanya-tanya mengenai status permohonan mereka.

🔎 Belum pasti sama ada anda layak?
Semak segera kelayakan anda dan pastikan maklumat anda dikemas kini untuk tidak terlepas bantuan ini!

Bantuan SARA RM200 Jun 2025

Menurut kenyataan rasmi daripada portal MyKasih, pembayaran bagi bulan Jun 2025 telah mula dikreditkan kepada penerima yang layak secara berperingkat bermula awal bulan ini.

🔹 Sebahagian penerima menerima bayaran seawal jam 9 pagi,
🔹 Manakala yang lain pula akan menerimanya dalam tempoh 3 hingga 5 hari bekerja, bergantung kepada proses semakan dan pengesahan maklumat dalam sistem.

💳 Penting untuk diketahui:
Bayaran ini tidak disalurkan dalam bentuk tunai, sebaliknya dikreditkan terus ke dalam cip MyKad penerima.

Untuk menggunakan bantuan ini, anda hanya perlu:

  1. Kunjungi mana-mana pasar raya atau kedai runcit yang berdaftar di bawah program MyKasih.
  2. Imbas MyKad anda di kaunter.
  3. Terus beli barangan asas yang diperlukan.

✅ Pastikan MyKad anda aktif dan maklumat anda dalam sistem adalah terkini untuk mengelakkan sebarang masalah semasa penebusan.

Bantuan SARA RM200 Jun 2025 Ikut Kategori

KategoriJumlah Bayaran
Isi Rumah STR + eKasihRM200/bulan (April–Dis)
Warga Emas STR + eKasihRM150/bulan (April–Dis)
Bujang STR + eKasihRM50/bulan (Jan–Dis)
Isi Rumah STR sahajaRM100/bulan (April–Dis)
Warga Emas STR sahajaRM50/bulan (April–Dis)
Butiran Penyaluran SARA
Bantuan SARA RM200 Jun 2025 Telah Dikreditkan Ke Dalam Akaun Penerima 11

Bantuan ini akan terus masuk setiap bulan, selagi anda masih tersenarai sebagai penerima STR atau dalam sistem eKasih yang sah.

Cara Semakan Status Bantuan SARA RM200

  1. Layari laman rasmi: https://www.mykasih.com.my
  2. Klik menu “Semak Status
  3. Masukkan nombor MyKad (12 digit)
  4. Isi Captcha yang diberi dan tekan “Semak”

Jika bantuan telah masuk, sistem akan paparkan status ‘Lulus’ dan tunjuk baki yang tersedia.

Jika status anda masih kosong atau belum lulus, anda disaran untuk semak semula kelayakan di portal MySTR

Apa Yang Boleh Dibeli Dengan Bantuan SARA RM200

Senarai barang yang boleh ditebus meliputi:

  • Beras, telur, minyak masak, susu, biskut
  • Sayur dan buah segar
  • Produk kebersihan asas (sabun, tuala wanita, ubat gigi)
  • Roti, mi segera, makanan bayi

Senarai Pasar Raya & Kedai Terlibat

  • Mydin
  • Econsave
  • TF Value
  • 99 Speedmart
  • Pasaraya Pantai Timor
  • Pasaraya CS

Jangan tunggu! Klik pautan rasmi untuk semak sekarang:

Semak Status MyKasih:

Semakan STR:

Kredit : Semakan Kerjaya

Leave a Comment