Iklan Jawatan Kosong Tenaga Nasional Berhad Tahun 2025 – Kekosongan Jawatan Penolong Juruteknik Tingkatan Biasa

PERMOHONAN JAWATAN KOSONG TENAGA NASIONAL BERHAD TAHUN 2025 




Peluang Kerjaya Menanti Anda!

JAWATANMALAYSIATERKINI dengan sukacitanya menghebahkan maklumat terkini mengenai jawatan kosong yang ditawarkan bagi memudahkan anda mendapatkan pekerjaan impian. Jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk membina masa depan yang lebih cerah!

Butiran Permohonan:

  • Kelayakan Minimum: SPM atau setaraf
  • Tarikh Tutup Permohonan: 10 Jun 2025

Sekiranya anda berminat, pastikan anda mengikuti langkah permohonan seperti yang telah dinyatakan di bawah. Rebut peluang ini sebelum tarikh tutup!

Nama Jawatan :

  • Penolong Juruteknik Tingkatan Biasa Kontrak (CT05)

Butiran Jawatan:

  • Gaji Pokok : RM1,800.00 sebulan
  • Elaun Elektrik : RM85 sebulan
  • Elaun Khidmat Sokongan : RM80 sebulan
  • Elaun Pengangkutan : RM400 sebulan
  • Elaun Dobi : RM62 sebulan
  • Taraf Jawatan : Kontrak

Syarat Kelayakan:

  • Warganegara Malaysia.
  • Bukan dari kalangan Warga Kerja TNB atau Anak – Anak Syarikat TNB
  • Memiliki Sijil Penjaga Jentera (Keutamaan kepada pemegang sijil A1 atau A4).
  • Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Pelajaran Vokasional Malaysia (SPMV) dengan lulus enam (6) matapelajaran termasuk :-
  • Bahasa Malaysia
  • Matematik atau Sains
  • Atau memiliki Siji Vokasional Malaysia (SVM) dan Sijil Penjaga Jentera (Keutamaan kepada pemegang A1 atau A4).
  • Mempunyai tahap kesihatan yang baik serta tidak menghidap sebarang penyakit kronik.
  • Tidak rabun warna.
  • Berumur tidak melebihi 30 tahun pada tarikh tutup iklan.
  • Boleh bekerja dalam satu pasukan.
  • Sanggup untuk ditempatkan di mana-mana negeri di Semenanjung Malaysia.

Cara Memohon

1. Calon yang ingin memohon jawatan kosong boleh memohon secara diatas talian. Pendaftaran yang dilakukan adalah percuma.

2. Klik pautan “MOHON DISINI” di bawah untuk merujuk maklumat yang lebih lengkap.

3. Pemohon kali pertama hendaklah mendaftar terlebih dahulu sebelum mengisi maklumat yang diperlukan di dalam sistem.

4. Pemohon dikehendaki mengemaskini maklumat-maklumat terbaru yang diperlukan di dalam sistem. Calon yang berkelayakan sahaja akan dipanggil temuduga.

(Untuk memohon, anda dikehendaki merujuk pautan yang telah disediakan di bawah)

Leave a Comment

Leave a Comment