Table of Contents
PENERANGAN
Semakan Bantuan SARA Jun 2025 : Cek Layak Atau Tidak Penerima Bantuan Sehingga RM2100 , RM900 , RM600
Pelaksanaan Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kini memberikan lebih banyak kemudahan kepada penerima yang layak. Dengan hanya menggunakan MyKad, anda boleh membeli barangan keperluan asas terpilih di lebih 3,500 kedai runcit berdaftar di seluruh negara — peningkatan ketara berbanding 700 buah kedai sahaja pada tahun 2024.
📌 Bagaimana untuk semak status kelayakan SARA 2025?
Mudah sahaja! Anda boleh membuat semakan secara dalam talian untuk mengetahui sama ada anda tersenarai sebagai penerima bantuan ini.
Jangan lepaskan peluang untuk manfaatkan bantuan ini. Pastikan anda semak status dan gunakan MyKad anda di kedai terpilih berhampiran! Ikuti info lanjut disini.
SIAPAKAH LAYAK BANTUAN SARA 2025
Individu yang menepati syarat kelayakan di bawah sahaja akan menerima bantuan SARA:
- Warganegara Malaysia;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) – Berstatus Miskin dan Miskin Tegar eKasih;
- Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan Bujang;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Bukan eKasih;
- Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tanpa Pasangan.
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan disalurkan kepada penerima secara automatik jika memenuhi syarat kelayakan ditetapkan.
SEMAK STATUS PENERIMA BANTUAN SARA 2025
Status Sumbangan Asas Rahmah (SARA) boleh disemak secara online melalui dua (2) kaedah seperti berikut:
Di Portal MyKasih:
- Layari Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
- Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Status].
- Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
- Kemudian, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Klik [Semak Status].
- Status kelayakan penerima dan bayaran akan dipapar :
[Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih] - Selesai.
Di Portal MySTR:
- Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan, kemudian klik [Semak Status].
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan pada butang [Log Masuk].
- Kemudian, masukkan Kata Kunci Keselamatan yang betul.
- Klik [Semakan Status].
- Status Kelayakan Penerima dan Maklumat Bayaran akan dipapar:
[Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih]. - Selesai.
JUMLAH BANTUAN SARA 2025
Amaun Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih disalurkan dalam MyKad seperti berikut:
- Lulus STR & Berstatus eKasih
| KATEGORI PENERIMA (LULUS STR & BERSTATUS EKASIH) | AMAUN BULANAN (RM) |
| Isi Rumah (RM2,100 Setahun) | RM100/bulan (bermula Januari – Mac) RM200/bulan (bermula April – Disember) |
| Warga Emas Tiada Pasangan (RM1,650 Setahun) | RM100/bulan (bermula Januari – Mac) RM150/bulan (bermula April – Disember) |
| Bujang (RM600 Setahun) | RM50/bulan (bermula Januari – Disember) |
- Lulus STR & Bukan eKasih
| KATEGORI PENERIMA (LULUS STR & BUKAN EKASIH) | AMAUN BULANAN (RM) |
| Isi Rumah (RM900 Setahun) | RM100/bulan (bermula April – Disember) |
| Warga Emas Tiada Pasangan (RM450 Setahun) | RM50/bulan (bermula April – Disember) |
MANFAAT KREDIT BULANAN BANTUAN SARA 2025
Pengkreditan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) melalui Mykad penerima secara bulanan sebanyak RM50, RM100, RM150, RM200 adalah untuk penerima membuat pembelian 14 Kategori Barangan Keperluan asas yang diluluskan di pasar raya yang terpilih (berdaftar) dengan pembayaran menggunakan kredit SARA melalui MyKad (IC).

Penafian dan Tujuan Perkongsian Maklumat
Segala maklumat bantuan yang dikongsikan di laman ini adalah berdasarkan inisiatif yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia, dengan tujuan utama untuk menyampaikan informasi yang sahih, memberi manfaat, serta memudahkan carian pengguna.
Tajuk dan kata kunci yang digunakan disusun berdasarkan trend carian popular pengguna di enjin carian, bagi memastikan informasi yang disampaikan lebih mudah diakses dan difahami.
🔒 Penting untuk diketahui:
Kami tidak pernah meminta sebarang maklumat peribadi daripada pelawat laman ini dan tidak mengenakan sebarang bayaran terhadap maklumat yang dikongsikan.
📌 Tujuan penulisan ini adalah semata-mata untuk membantu orang ramai mendapatkan maklumat terkini berkaitan bantuan yang diumumkan oleh pihak kerajaan dari semasa ke semasa.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- e-Mel : [email protected]
Kredit : Semakan Kerjaya
- 5 Bаntuаn JKM Yang Bоlеh Andа Mоhоn Bermula Mac 2026 Ini

- Permohonan Guru KPM Gred DG9 2026 (Pegawai Perkhidmatan Pendidikan) PPP

- SIKR 3.0 – Semakan Skim Insurans Kesejahteraan Rakyat

- Pеrmоhоnаn Rumаh PPR 2026 Kіnі Dіbukа. Sеmаk Syarat Kеlауаkаn Sеkаrаng!

- KEMAS : Jаwаtаn Kоѕоng Jаbаtаn Kemajuan Mаѕуаrаkаt 2026


