Bantuan Komputer Riba Buat Siswa Untuk Golongan B40 ini dibuka sehingga 21 Oktober 2020

Bantuan+Komputer+Riba+Buat+Siswa+Golongan+B40

BANTUAN KOMPUTER RIBA BUAT SISWA UNTUK GOLONGAN B4O

Kempen “LAPTOP4SISWA”

Memahami penularan COVID-19 yang semakin meningkat naik dan terdapat golongan pelajar yang kurang berkemampuan, ADUN Bukit Gasing iaitu Y.B Tuan Rajiv a/l Rishyakaran dengan kerjsama StandUp Malaysia kini melancarkan kempen Laptop4Siswa.

Seiring dengan keputusan pihak Kementerian Pengajian Tinggi, semester pertama untuk tahun akademik 2020/2021 akan bermula pada Oktober 2020.
Namun, semua pembelajaran akan dijalankan secara online sehingga 31 Disember 2020.

Syarat Kelayakan

Antara syarat kelayakan yang layak untuk membuat permohonan adalah seperti berikut :
  1. Terbuka kepada semua pelajar di Malaysia.
  2. Memiliki kad identiti / kad pengenalan yang sah.
  3. Memiliki surat tawaran belajar di universiti.
  4. WAJIB sertakan slip gaji ibu bapa.
  5. Pelajar dari keluarga B40.
  6. Tidak berkemampuan membeli komputer riba / tiada komputer riba.
  7. Keluarga yang ada lebih dari seorang di dalam keluarga perlu mengikuti kelas dalam talian.

Cara-Cara Membuat Permohonan


Pendaftaran bagi pelajar yang ingin memohon Laptop4Siswa, permohonan dibuka sehingga 21 Oktober 2020.

Permohonan juga boleh dibuat melalui : Permohonan Laptop4Siswa 

atau Follow @standupmy di Instagram atau find #Laptop4Siswa di Twitter.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan dengan menghubungi StandUp Malaysia di talian 014-669 1320 atau emel [email protected]

Anda juga boleh hubungi pejabat ADUN Bukit Gasing di talian 0379547490 atau emel kepada [email protected]

Leave a Comment