Bantuan Komputer Riba Buat Siswa Untuk Golongan B40 ini dibuka sehingga 21 Oktober 2020 - Jawatan Malaysia Terkini!

Breaking

Join Channel Telegram Rasmi @Jawatanmalaysiaterkini

Tuesday, October 13, 2020

Bantuan Komputer Riba Buat Siswa Untuk Golongan B40 ini dibuka sehingga 21 Oktober 2020

BANTUAN KOMPUTER RIBA BUAT SISWA UNTUK GOLONGAN B4O

Kempen "LAPTOP4SISWA"

Memahami penularan COVID-19 yang semakin meningkat naik dan terdapat golongan pelajar yang kurang berkemampuan, ADUN Bukit Gasing iaitu Y.B Tuan Rajiv a/l Rishyakaran dengan kerjsama StandUp Malaysia kini melancarkan kempen Laptop4Siswa.

Seiring dengan keputusan pihak Kementerian Pengajian Tinggi, semester pertama untuk tahun akademik 2020/2021 akan bermula pada Oktober 2020.
Namun, semua pembelajaran akan dijalankan secara online sehingga 31 Disember 2020.

Syarat Kelayakan

Antara syarat kelayakan yang layak untuk membuat permohonan adalah seperti berikut :
  1. Terbuka kepada semua pelajar di Malaysia.
  2. Memiliki kad identiti / kad pengenalan yang sah.
  3. Memiliki surat tawaran belajar di universiti.
  4. WAJIB sertakan slip gaji ibu bapa.
  5. Pelajar dari keluarga B40.
  6. Tidak berkemampuan membeli komputer riba / tiada komputer riba.
  7. Keluarga yang ada lebih dari seorang di dalam keluarga perlu mengikuti kelas dalam talian.

Cara-Cara Membuat Permohonan

Pendaftaran bagi pelajar yang ingin memohon Laptop4Siswa, permohonan dibuka sehingga 21 Oktober 2020.

Permohonan juga boleh dibuat melalui : Permohonan Laptop4Siswa 

atau Follow @standupmy di Instagram atau find #Laptop4Siswa di Twitter.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan dengan menghubungi StandUp Malaysia di talian 014-669 1320 atau emel standup.genderviolence@gmail.com

Anda juga boleh hubungi pejabat ADUN Bukit Gasing di talian 03-79547490 atau emel kepada help@bukitgasing.my

No comments:

Post a Comment