Subsidi Petrol RON95 Guna MyKad, Pastikan Cip Berfungsi

Semak MyKad Anda untuk Subsidi Bersasar Petrol RON95 mulai 30 September 2025.

RON95

Berita gembira buat rakyat! Harga petrol RON95 akan turun kepada RM1.99 seliter melalui pelaksanaan subsidi bersasar bawah inisiatif Kerajaan MADANI.

Pastikan cip MyKad anda berfungsi untuk digunakan bagi pengesahan identiti semasa mengisi minyak.

Jika cip rosak, silalah ke mana-mana kaunter Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di seluruh negara untuk penggantian segera.

Inisiatif ini membuktikan kesungguhan kerajaan MADANI melalui Kementerian Dalam Negeri (KDN) memastikan pelaksanaan subsidi yang lebih adil, telus dan berpaksikan rakyat.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail turut mengingatkan orang ramai segera memeriksa MyKad bagi memastikan cip berfungsi dengan baik.

Ianya penting kerana subsidi bersasar harga petrol hanya boleh dinikmati apabila MyKad digunakan sebagai pengesahan identiti semasa mengisi minyak untuk menerima subsidi petrol khas yang bakal dilaksana oleh Kerajaan.

IMG 0658
Ambil Tahu Bila Perlu Ganti Kad

“Kalau cip rosak atau tidak boleh dibaca, jangan risau. Anda boleh ke mana-mana pejabat atau kaunter Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di seluruh negara.

“Insya-Allah, pembaikan siap pada hari sama. Mudah dan cepat. Jangan tunggu saat akhir, buat semakan awal supaya anda dan rakan-rakan dapat menerima manfaat subsidi petrol khas ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook, tempoh hari.

Saifuddin Nasution menegaskan Kerajaan MADANI komited terus membantu rakyat, menjaga kebajikan semua golongan serta memakmurkan ekonomi negara dengan penuh integriti dan tanggungjawab.

Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan harga petrol RON95 diturunkan kepada RM1.99 seliter mulai 30 September 2025, sejajar janji Kerajaan MADANI meringankan beban rakyat.

Berikut dikongsikan ringkasan dan perincian bagi penyasaran tersebut.

IMG 0647 1
Inti Pati Pengumuman

Penyasaran Subsidi RON 95 Mulai 30 September 2025

Semua rakyat Malaysia akan menerima siling kelayakan bulanan sebanyak 300 liter bagi subsidi petrol RON95 menerusi program Budi Madani RON95 (BUDI95) yang berkuat kuasa 30 September ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah itu bertujuan memastikan subsidi diagih secara adil kepada pengguna yang layak selain mengelakkan ketirisan.

Menurutnya, pendekatan bersasar ini sejajar dengan ikhtiar Kerajaan untuk mengoptimum sumber negara bagi manfaat rakyat, dan mengurangkan pembaziran subsidi.

Cara Ganti MyKad Rosak

Jika MyKad rosak seperti tidak boleh dibaca, cip bermasalah, atau fizikal kad seperti calar atau retak, anda boleh menukarnya dengan mudah melalui saluran yang disediakan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Terdapat 4 cara untuk membuat gantian MyKad yang rosak, iaitu:

  1. Hadir ke kaunter JPN terdekat
  2. MyPhone-In : Permohonan melalui telefon di talian 03-88808066(*Sila rujuk infografik di bawah)
  3. Permohonan dalam talian : Secara online melalui JPN E-Services
  4. Hadir ke bas & van bergerak JPN
IMG 0660
Cara Ganti MyKad

Langkah-langkah Gantian MyKad Rosak:

  1. Hadir ke cawangan JPN
  2. Ambil nombor giliran kategori “ROSAK”
  3. Serahkan MyKad rosak dan maklumat diri kepada petugas JPN
  4. Bayar caj penggantian, seperti berikut:
    • RM40 untuk MyKAS dan MyPR
    • RM10 untuk MyKad
IMG 0661
Cara Ganti MyKad

Tempoh siap MyKad:

  • 30 minit di JPN Ibu Pejabat Negeri, UTC, dan cawangan terpilih
  • 5 hari bekerja di cawangan Semenanjung Malaysia
  • 7 hari bekerja di Sabah, Sarawak, dan Labuan

Permohonan hanya cepat jika tiada komplikasi pada kad atau maklumat peribadi

Pastikan MyKad anda sentiasa dalam keadaan baik. Jika rosak, cepatkan proses gantian untuk elak masalah semasa urusan rasmi.

  • Info lanjut di: www.jpn.gov.my
  • Ikuti juga @jpnhqofficial di media sosial untuk maklumat terkini.
IMG 0662 1
Cara Mudah Ganti MyKad

Kerajaan Terus Mempertahan Kepentingan Rakyat

Untuk rekod, harga RON95 ketika ini adalah RM2.05 berbanding Thailand (RM5.85), Indonesia (3.38), Singapura (RM9.02) dan Arab Saudi (RM2.66).

Harga yang rendah menyebabkan kerajaan menanggung jumlah subsidi RON95 tahun lalu mencecah RM20 bilion.

Menurut Perdana Menteri, subsidi diesel yang dilaksanakan kerajaan yang membawa penjimatan RM4 bilion memberi manfaat kepada rakyat menerusi bantuan tunai Budi Madani berjumlah RM200 sebulan selain sektor logistik terpilih, nelayan dan pengangkutan awal kekal menikmati diesel bersubsidi.

“Penyasaran subsidi diesel terbukti berjaya mengekang ketirisan akibat penyeludupan dan penggunaan oleh sektor perniagaan tidak layak.

“Sejak dilaksanakan, jualan diesel bersubsidi menurun 30 peratus dengan penjimatan lebih RM600 juta sebulan meskipun subsidi masih disediakan untuk pengangkutan awam, nelayan dan sektor logistik,” katanya.

Justeru, katanya, rakyat tidak harus musykil dengan pendekatan kerajaan yang akan mempertahankan kepentingan rakyat terbanyak.

Tambahnya, setiap penyasaran subsidi adalah untuk membetulkan ketempangan amalan subsidi pukal yang memberi manfaat kepada kelompok elit dan warga asing.

IMG 0663
MyKad

Soalan Lazim Penurunan Harga Minyak Petrol RON95

Bila harga minyak petrol RON95 akan turun ke RM1.99?

Harga petrol RON95 akan turun ke RM1.99 seliter mulai 30 September 2025, menurut pengumuman Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Manfaat ini akan dinikmati lebih awal oleh anggota polis dan tentera mulai 27 September, serta penerima STR mulai 28 September.

Siapa yang akan menerima manfaat ini?

Langkah ini dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 18 juta rakyat Malaysia, termasuk:
-Pemandu kereta
-Penunggang motosikal
-Belia seawal usia 16 tahun
-Pekerja gig (seperti penghantar makanan dan penunggang e-hailing)
Warganegara asing dan individu yang tidak layak perlu membayar harga pasaran tanpa subsidi, iaitu sekitar RM2.50 seliter.

Apakah skop subsidi bersasar ini?

Subsidi ini terbuka kepada rakyat Malaysia yang layakWarganegara asing dan individu yang tidak layak perlu membayar harga pasaran tanpa subsidi, iaitu sekitar RM2.50 seliter

Berapa perbezaan antara harga semasa dan harga baharu?

Harga semasa RON95 yang disubsidi adalah sekitar RM2.05 seliter.Harga baharu akan menjadi RM1.99 seliter. Perbezaannya kira-kira 6 sen lebih murah.

Apa mekanisme pelaksanaan yang akan digunakan?

Rakyat Malaysia hanya perlu mengimbas MyKad untuk mendapatkan harga subsidi baharu RON95 iaitu RM1.99/liter.
Pastikan cip MyKad anda berfungsi untuk digunakan bagi pengesahan identiti semasa mengisi minyak.
Jika cip rosak, silalah ke mana-mana kaunter Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di seluruh negara untuk penggantian segera atau mohon penggantian secara online.
Anda juga boleh menggunakan aplikasi seperti Setel, TNG dan CaltexGo.

Apa perlu buat jika MyKad rosak?

Jika cip rosak, silalah ke mana-mana kaunter Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di seluruh negara untuk penggantian segera atau mohon penggantian secara online melalui JPN E-Services.