Skim Perubatan Madani 2025: Semak Kelayakan Anda & Klinik Yang Terlibat Sekarang

PEUBATAN MADANI 2025
Skim Perubatan Madani 2025: Semak Kelayakan Anda & Klinik Yang Terlibat Sekarang 18

Semakan Kelayakan Skim Perubatan MADANI & Klinik Panel Swasta Berdaftar

Kini, Skim Perubatan MADANI diperluaskan khas untuk penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR), membolehkan anda mendapatkan rawatan secara percuma di klinik-klinik swasta terpilih di seluruh negara.

Inisiatif ini menyasarkan golongan B40 yang memerlukan rawatan pesakit luar untuk kes-kes akut seperti demam, batuk, atau cirit-birit – tanpa perlu ke hospital kerajaan yang sesak.

Ia adalah usaha Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk memastikan akses kepada Penjagaan Kesihatan Primer Akut dapat dinikmati dengan mudah, cepat dan percuma – terus dari klinik panel yang berhampiran anda.

Ketahui cara untuk menyemak kelayakan anda, serta lokasi klinik swasta berdaftar yang mengambil bahagian dalam skim ini di bawah.

IMG 0192
Skim Perubatan Madani 2025: Semak Kelayakan Anda & Klinik Yang Terlibat Sekarang 19

Pengenalan Skim Perubatan MADANI

Skim Perubatan MADANI merupakan satu inisiatif pro-rakyat oleh Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang diwujudkan khas untuk membantu golongan berpendapatan rendah, terutamanya kumpulan B40, mendapatkan akses kepada rawatan kesihatan primer akut secara lebih mudah dan percuma.

Melalui skim ini, penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang layak boleh mendapatkan rawatan pesakit luar secara percuma di klinik-klinik perubatan swasta (GP) yang berdaftar di bawah Skim Perubatan MADANI. Antara rawatan yang diliputi termasuk kes-kes akut seperti demam, selesema, sakit kepala, cirit-birit dan lain-lain.

Lebih menarik, anda tidak perlu bayar sesen pun – hanya bawa kad pengenalan (IC) ke mana-mana klinik panel terpilih dan nikmati rawatan percuma yang disediakan.

Skim ini bukan sahaja meringankan beban kewangan, malah memberi peluang kepada rakyat untuk mendapatkan rawatan lebih cepat dan selesa tanpa perlu menunggu lama di hospital awam.

IMG 0193
Skim Perubatan Madani 2025: Semak Kelayakan Anda & Klinik Yang Terlibat Sekarang 20

*(Tertakluk kepada rawatan pesakit luar ringan seperti demam, cirit-birit, muntah, luka ringan, dan sebagainya. Rujuk jadual jenis rawatan di bawah)

Jenis Rawatan Percuma Skim Perubatan Madani

  • Rawatan pesakit luar kes-kes akut merangkumi:
    • Demam dan selsema
    • Cirit-birit dan muntah
    • Terseliuh
    • Sakit kepala
    • Trauma ringan seperti luka ringan dan lain-lain
  • Rawatan yang tidak termasuk adalah:
    • Imunisasi rutin
    • Saringan kesihatan
    • Rawatan susulan Penyakit Tidak Berjangkit (NCD) rutin
    • Rawatan susulan ibu dan anak rutin
    • Perancangan keluarga rutin
    • Perkhidmatan rehabilitasi
    • Permintaan ubat tanpa konsultasi doktor
    • Permintaan suplemen
Kategori (bagi penerima Sumbangan Tunai Rahmah)Jumlah Kos Rawatan yang Ditanggung (RM)
Isi Rumah BerkeluargaRM250
Warga Emas (tanpa pasangan)
– 60 tahun ke atas
RM125
Bujang
– 21-59 tahun
– 19-59 tahun (bujang berstatus OKU)
RM75
IMG 0194
Skim Perubatan Madani 2025: Semak Kelayakan Anda & Klinik Yang Terlibat Sekarang 21

Syarat Kelayakan

Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berkeluarga, warga emas (tanpa pasangan) dan bujang adalah layak secara automatik.

IMG 0195
Skim Perubatan Madani 2025: Semak Kelayakan Anda & Klinik Yang Terlibat Sekarang 22

Kelayakan untuk penyertaan dalam Skim Perubatan MADANI adalah automatik berdasarkan kriteria yang ditetapkan iaitu penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan tanggungan mereka yang berdaftar. Tiada pendaftaran diperlukan.

Adakah anda penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR)?

Mereka yang layak WAJIB membuat pengisytiharan bahawa mereka TIDAK menerima mana-mana manfaat yang sama atau serupa seperti Skim ini daripada mana-mana skim majikan/kerajaan negeri/agensi perubatan lain.

IMG 0196
Skim Perubatan Madani 2025: Semak Kelayakan Anda & Klinik Yang Terlibat Sekarang 23

Semakan Kelayakan

KAEDAH SEMAKAN 1 – MELALUI LAMAN WEB PROTECT HEALTH

Semak kelayakan anda melalui laman sesawang berikut: https://kelayakan-spm.protecthealth.com.my/

IMG 0198
Skim Perubatan Madani 2025: Semak Kelayakan Anda & Klinik Yang Terlibat Sekarang 24

KAEDAH SEMAKAN 2 – MELALUI MYSEJAHTERA

Bagi pengguna MySejahtera, anda juga boleh terus membuat semakan kelayakan melalui aplikasi tersebut.

Paparan seperti di bawah akan muncul pada HOME page MySejahtera anda:

IMG 0199
Skim Perubatan Madani 2025: Semak Kelayakan Anda & Klinik Yang Terlibat Sekarang 25

Sekiranya layak, anda boleh mendapatkan rawatan percuma mengikut kategori kelayakan anda.

Sila rujuk senarai klinik yang berdaftar di bawah skim ini melalui carian berikut:

Lokasi Klinik Skim Perubatan Madani

IMG 0200
Skim Perubatan Madani 2025: Semak Kelayakan Anda & Klinik Yang Terlibat Sekarang 26

Penerima STR yang layak di seluruh Malaysia boleh mendapatkan rawatan akut di klinik-klinik swasta yang berdaftar dengan ProtectHealth Corporation Sdn. Bhd. (ProtectHealth) di sepuluh daerah terpilih, iaitu:

  1. W.P. Kuala Lumpur
  2. Gombak, Selangor
  3. Hulu Langat, Selangor
  4. Petaling, Selangor
  5. Klang, Selangor
  6. Johor Bahru, Johor
  7. Kinta, Perak
  8. Timur Laut, Pulau Pinang
  9. Kota Kinabalu, Sabah
  10. Kuching, Sarawak

Anda boleh membuat carian klinik yang berdaftar di bawah Skim Perubatan MADANI terdekat dengan anda dengan mengikuti langkah berikut:

  1. Layari pautan laman web rasmi ProtectHealth : https://www.protecthealth.com.my/skimperubatanmadani
  2. Tekan butang ‘Cari Klinik Skim Perubatan Madani’
  3. Masukkan maklumat Negeri, Daerah dan Bandar. Tekan butang ‘Cari’
  4. Senarai nama klinik panel Skim Perubatan Madani akan tertera di skrin
IMG 0201
Skim Perubatan Madani 2025: Semak Kelayakan Anda & Klinik Yang Terlibat Sekarang 27
IMG 0202
Skim Perubatan Madani 2025: Semak Kelayakan Anda & Klinik Yang Terlibat Sekarang 28

Sila tekan Carian Klinik untuk semakan.

IMG 0203
Skim Perubatan Madani 2025: Semak Kelayakan Anda & Klinik Yang Terlibat Sekarang 29

Semakan kelayakan secara online juga boleh dibuat melalui pautan berikut : https://kelayakan-spm.protecthealth.com.my/

IMG 0204
Skim Perubatan Madani 2025: Semak Kelayakan Anda & Klinik Yang Terlibat Sekarang 30

Untuk itu, pihak ProtectHealth mengalu-alukan pendaftaran untuk menjadi panel klinik Skim Perubatan MADANI juga masih lagi dibuka dan ini akan terus meningkat dari semasa ke semasa.

Pihak ProtectHealth selaku pelaksana skim ini akan meningkatkan akses kumpulan berpendapatan rendah kepada perkhidmatan penjagaan kesihatan di klinik swasta melalui Public-Private Partnership (PPP) sekaligus meringankan bebanan kewangan golongan tersebut menerusi skim ini.

Cara Mendapatkan Rawatan Percuma Skim Perubatan Madani

  1. Langkah 1, Semak Kelayakan: Semak kelayakan anda di pautan https://protecthealth.com.my/skimperubatanmadani-ms/ 
  2. Langkah 2, Hadir Ke Klinik: Hadir ke mana-mana GP yang berdaftar dengan Skim Perubatan_MADANI (boleh dikenalpasti dengan pelekat khas) dengan membawa kad pengenalan. Cari Klinik 
  3. Langkah 3, Terima Rawatan: Jika anda layak, anda boleh dapatkan Rawatan Pesakit Luar Kes-Kes Akut secara PERCUMA.
  4. Langkah 4, Baki Manfaat: Had manfaat anda akan ditolak selepas anda selesai mendapatkan rawatan.

*Manfaat Skim Perubatan MADANI adalah tertakluk kepada Terma & Syarat oleh pihak ProtectHealth Corporation Sdn. Bhd. seperti yang dinyatakan di laman sesawang.

IMG 0205
Skim Perubatan Madani 2025: Semak Kelayakan Anda & Klinik Yang Terlibat Sekarang 31

LANGKAH-LANGKAH PENGESAHAN IDENTITI PENGGUNA MELALUI FUNGSI OTP :

IMG 0206
Skim Perubatan Madani 2025: Semak Kelayakan Anda & Klinik Yang Terlibat Sekarang 32

Cara Semakan Baki

Baki had manfaat kelayakan boleh disemak melalui Klinik Perubatan Swasta sewaktu lawatan untuk mendapatkan rawatan dilakukan.

  • Semakan boleh dibuat secara online melalui aplikasiSkim_Perubatan_Madani
  • Mesej/SMS akan dihantar ke nombor telefon bimbit yang didaftarkan selepas rawatan yang dilakukan.
  • Boleh menghubungi talian di +603-8687 2525.
IMG 0207
Skim Perubatan Madani 2025: Semak Kelayakan Anda & Klinik Yang Terlibat Sekarang 33

Muat turun aplikasi SkimPerubatanMadani di Android :https://play.google.com/store/apps/details?id=com.protecthealth.spmadani&hl=ms

Muat turun aplikasi SkimPerubatanMadani di Apple Store: https://apps.apple.com/no/app/skimperubatanmadani/id6469766597

Maklumat Lanjut

Layari laman sesawang di bawah untuk maklumat lanjut 

  1. Laman Rasmi Skim Perubatan MADANI
  2. Portal Manfaat : https://budget.mof.gov.my/manfaat/faq/skim-madani.html
  3. Facebook : ProtectHealth Corporation