Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah 2025 (SYUKUR)

Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah 2025 (SYUKUR) merupakan inisiatif kerajaan negeri Sabah yang bertujuan meringankan beban kewangan golongan miskin dan miskin tegar di negeri ini. 

Melalui program ini, penerima akan menerima bantuan tunai sebanyak RM300/bulan yang disalurkan kepada Ketua Isi Rumah (KIR) yang tergolong dalam kategori miskin dan miskin tegar di Sabah.

Terdapat 4 fasa pembayaran SYUKUR Sabah 2025, di mana penerima akan menerima RM900 sekaligus untuk setiap fasa. 

Berikut dikongsikan info lebih lanjut mengenai Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah 2025 (SYUKUR).

Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah 2025

Program ini mensasarkan untuk memberi manfaat kepada 100,000 penerima terutamanya Ketua Isi Rumah golongan miskin dan miskin tegar.

Bantuan ini diberi untuk meringankan beban golongan sasar terutama semasa musim perayaan utama negeri Sabah.

Program SYUKUR juga merupakan langkah kerajaan untuk memastikan pembangunan ekonomi dan kebajikan rakyat Sabah lebih inklusif serta menumpukan kepada mereka yang paling memerlukan.

Pembayaran bantuan bermula pada 17 Februari 2025 dan disalurkan secara berfasa tiga bulan sekali (RM900 setiap fasa).

Fasa pembayaran seterusnya ialah FASA TIGA (Julai -September) yang akan mulai disalurkan pada bulan Ogos 2025 secara berperingkat.

Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah 2025
Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah 2025

Situasi Kemiskinan Tegar di Sabah 2025

  • Bilangan isi rumah di bawah kategori miskin tegar di Sabah adalah sekitar 1,464 Ketua Isi Rumah (KIR) setakat Februari 2025, turun drastik sebanyak 89.9% dari 14,553 KIR pada Februari 2024.
  • Walaupun begitu, pada tahun-tahun sebelum penurunan ini, Sabah mencatatkan kira-kira 38% (6,937 isi rumah) dari jumlah 18,445 isi rumah miskin tegar di Malaysia keseluruhannya.
  • Disebutkan juga bahawa tujuh daripada 10 daerah termiskin di Malaysia terletak di Sabah.
  • Kadar kemiskinan tegar di Sabah adalah lebih tinggi dan ketara berbanding kadar nasional yang hanya sekitar 0.2% (data terkini nasional).
  • Beberapa daerah di Sabah mencatat kadar kemiskinan tegar yang tinggi, antaranya:
    • Tongod: 5.9% (tertinggi)
    • Beluran: 5.0%
    • Pitas: 4.8%
    • Kinabatangan: 4.6%
    • Kota Marudu: 4.0%
    • Tuaran: 2.6%
    • Ranau: 2.4%
    • Lahad Datu: 2.4%

Selain membantu dari segi kewangan, program ini juga merupakan salah satu langkah kerajaan untuk memastikan pembangunan ekonomi dan kebajikan rakyat di Sabah lebih inklusif, dengan menumpukan perhatian kepada mereka yang paling memerlukan.

Objektif Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah 2025

  • Meringankan beban kewangan golongan miskin dan miskin tegar supaya mereka dapat menampung keperluan asas, terutamanya makanan dan kelangsungan hidup harian.
  • Membantu golongan yang benar-benar memerlukan untuk menjalani kehidupan yang lebih stabil dan selesa, khususnya bagi Ketua Isi Rumah (KIR) yang berdaftar dalam sistem eKasih dan PADANS.
  • Mengurangkan kadar kemiskinan tegar di Sabah melalui pemberian bantuan berterusan sepanjang tahun 2025.
  • Menunjukkan keprihatinan dan kasih sayang kerajaan negeri terhadap kebajikan rakyat Sabah, sebagai tanda sokongan moral dan kewangan buat golongan kurang berkemampuan.
  • Memastikan pembangunan ekonomi dan kesejahteraan rakyat yang inklusif, dengan memberi tumpuan kepada kumpulan sasaran yang paling memerlukan bantuan.

Siapa Yang Layak Terima SYUKUR Sabah 2025?

Golongan yang layak menerima Program Sentuhan Kasih Rakyat 2025 adalah seperti yang berikut;

1. Individu berumur 18 tahun ke atas sebelum 31 Disember 2024

  • Warganegara Malaysia; dan
  • Beralamat dan bermastautin di negeri Sabah sekurang-kurangnya satu (1) tahun; dan
  • Pemegang Kad Pengenalan berstatus ’H’.

2. Ketua Isi Rumah (KIR) yang berstatus miskin atau miskin tegar di dalam pangkalan data eKasih atau Sistem Pangkalan Data Negeri Sabah (PADANS) setakat 31 Disember 2024; dan

3. Ketua Isi Rumah (KIR) yang tercicir daripada sistem eKasih dengan pendapatan isi rumah kurang daripada pendapatan garis kemiskinan (PGK)*.

4. Ketua Isi Rumah (KIR) kategori miskin (seorang penerima sahaja); atau

5. Ketua Isi Rumah (KIR) dan pasangan. Sekiranya tidak mempunyai pasangan, salah satu Ahli Isi Rumah layak bagi kategori miskin tegar; atau

6. Ketua Isi Rumah (KIR) dan pasangan serta satu (1) Ahli Isi Rumah anak di bawah tanggungan berumur 18 tahun ke atas bagi kategori miskin tegar sekiranya penerima di para (e) masih di bawah paras kemiskinan tegar.

Garis Pendapatan Kemiskinan

Garis Pendapatan Kemiskinan untuk program SYUKUR Sabah 2025 adalah seperti berikut:

  • Miskin Tegar: Pendapatan isi rumah di bawah RM1,218 sebulan
  • Miskin: Pendapatan isi rumah di bawah RM2,742 sebulan

Jika pendapatan isi rumah anda berada pada atau di bawah salah satu paras ini, anda layak untuk dipertimbangkan sebagai penerima Bantuan SYUKUR Sabah 2025, selagi memenuhi syarat utama yang lain seperti berdaftar dalam sistem eKasih atau PADANS sehingga 31 Disember 2024 dan bermastautin di Sabah sekurang-kurangnya satu tahun.

Jumlah Bantuan SYUKUR Sabah

Kadar bantuan Program Sentuhan Kasih Rakyat 2025 adalah sama bagi setiap penerima iaitu RM300 sebulan atau RM3600 setahun.

Amaun bantuan ini akan diagihkan dalam 4 fasa. Setiap fasa penerima akan menerima jumlah bayaran RM900 sekaligus. 

Jumlah bayaran bantuan Sentuhan Kasih Rakyat bagi setiap fasa adalah seperti berikut:

  • Fasa 1 (Januari – Mac): RM 900
  • Fasa 2 (April – Jun): RM900
  • Fasa 3 (Julai – September): RM900
  • Fasa 4 (Oktober – Disember): RM900

Cara Semak Status SYUKUR Fasa 3 / 2025

Status permohonan bagi Program SYUKUR Fasa 3 (2025) kini boleh disemak melalui kaedah-kaedah berikut:

1. Semakan Melalui Portal Rasmi SYUKUR (dalam talian)

  • Layari portal SYUKUR Sabah: https://syukur.sabah.gov.my
  • Masukkan nombor kad pengenalan (MyKad) anda.
  • Klik butang “Semak”.
  • Status kelayakan akan dipaparkan sama ada “Layak”, “Tidak Layak”, atau “Dalam Semakan”.
IMG 0390
Semakan status kelayakan SYUKUR Sabah 2025
IMG 0391
Semakan status kelayakan SYUKUR Sabah 2025

2. Semakan Melalui PADANS Sabah

  • Layari portal PADANS Sabah di pautan berikut: https://padans.sabah.gov.my
  • Klik menu “Semakan Permohonan”.
  • Masukkan Nombor MyKad tanpa sengkang (-).
  • Klik “Semak” untuk paparan status kelayakan.

3. Aplikasi YONO SuperApp

Muat turun aplikasi YONO dari Google Play atau App Store, log masuk dan semak status kelayakan melalui modul Bantuan.

Muat turun aplikasi YONO :

Jika Tidak Tersenarai:

  • Anda perlu kemaskini atau daftar maklumat terkini di PADANS/eKasih.
  • Boleh berkunjung ke Pejabat Daerah atau pusat bantuan untuk pendaftaran manual.
  • Sediakan dokumen sokongan seperti kad pengenalan, bil utiliti, atau surat pengesahan ketua kampung.

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut boleh diajukan kepada MySMJ:Profiler di Pejabat Daerah berdekatan.

Tarikh Bayaran Sentuhan Kasih Rakyat 2025

Bantuan akan dilaksanakan secara berfasa dan dalam bentuk pakej bermula 19 Februari 2025.

Tarikh bayaran Sentuhan Kasih Rakyat adalah seperti berikut:

  • Fasa 1 : Bermula 19 Februari 2025
  • Fasa 2 : Bermula April 2025
  • Fasa 3 : Bermula Ogos 2025
  • Fasa 4 : Bermula Oktober 2025

*Penerima tiada akaun bank yang menerima bayaran secara tunai akan menerima bayaran pengagihan sedikit lewat, sila rujuk jadual di bawah:

IMG 0392
Tarikh Bayaran Sentuhan Kasih Rakyat 2025

Tarikh & Jumlah Bayaran Fasa 3 SYUKUR Sabah

Bantuan SYUKUR Sabah fasa 3 bila masuk?

Tarikh pembayaran SYUKUR untuk Fasa 3 bermula pada bulan Ogos hingga September 2025. Pembayaran akan dilakukan secara berperingkat. Jadi, harap bersabar ya!

Fasa 3 meliputi bayaran bagi tempoh bulan Julai hingga September 2025. Jumlah bantuan untuk setiap fasa ialah RM900 (RM300 sebulan x 3 bulan).

Pembayaran dibuat terus ke akaun bank bagi penerima yang mempunyai akaun. 

Bagi penerima tanpa akaun bank, bantuan akan disalurkan secara tunai atau melalui pembukaan akaun khas.

Kaedah Pemberian SYUKUR Sabah 2025

Bantuan akan disalurkan melalui kaedah seperti berikut:

  • Kredit terus ke akaun bank – Kaedah utama disarankan untuk memastikan pembayaran pantas dan mudah.
  • Pembayaran tunai di kaunter – Untuk penerima yang tidak mempunyai akaun bank, pembayaran tunai akan dibuat di lokasi yang diumumkan oleh kerajaan negeri.
  • Pemindahan ke e-wallet (YONO) – Alternatif digital yang memudahkan untuk golongan yang biasa dengan transaksi dalam talian.

Penerima perlu memastikan akaun bank mereka aktif dan didaftarkan atas nama sendiri untuk pembayaran mudah dan lancar.

Notifikasi melalui SMS atau surat pemberitahuan akan dihantar kepada penerima untuk makluman tarikh dan kaedah pembayaran.

Permohonan SYUKUR 2025

Permohonan SYUKUR Sabah boleh dilakukan melalui laman web PADANS: https://padans.sabah.gov.my/

Permohonan manual melalui Pejabat Daerah/ UPPM telah ditutup pada 31 Januari 2025. Bagi pemohon yang telah membuat permohonan melalui Pejabat Daerah/UPPM, anda boleh mengemas kini maklumat di dalam Sistem Pangkalan Data Negeri Sabah (PADANS) melalui pautan https://padans.sabah.gov.my/.

IMG 0393

Bagi penerima dari senarai tercicir (bukan eKasih) dan disahkan lulus, pembayaran akan bermula pada Fasa 3 (Ogos-September 2025).

Penerima akan menerima bayaran pada Fasa 3 sebanyak RM900 diikuti dengan bayaran RM900 bagi Fasa 4. Ini bermaksud tiada tunggakan agihan dibuat untuk Fasa 1.

Rujuk cara-cara memohon SYUKUR Sabah 2025 melalui laman web PADANS di bawah. 

  1. Layari portal rasmi Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah di pautan berikut: https://padans.sabah.gov.my/
  2. Klik butang “Permohonan Baharu SKR”
  3. Lengkapkan Maklumat Daftar Akaun Pengguna Baharu SKR.
  4. Sila semak emel untuk pengesahan dan pengaktifan akaun sebelum log masuk. 
  5. Klik “sahkan akaun” melalui emel yang dihantar. 
  6. Pastikan keluar paparan “Berjaya! Akaun anda telah berjaya diaktifkan! Anda boleh log masuk sekarang”.
  7. Log masuk menggunakan kad pengenalan dan kata laluan. 
  8. Isi dan kemaskini semua maklumat yang diperlukan dalam Borang Permohonan. 
  9. Setelah maklumat disemak, klik perakuan permohonan di bahagian pengesahan. Klik “Sahkan Permohonan”. 
  10. Selesai! Permohonan SYUKUR Sabah 2025 anda telah dihantar.

Panduan Pengguna Sistem SYUKUR

Berikut dikongsikan manual pengguna bagi sistem permohonan SYUKUR dalam bentuk gambar bagi memudahkan anda.

A. SEMAKAN STATUS KELAYAKAN SYUKUR 2025

IMG 0390
Semakan Kelayakan SYUKUR 2025
IMG 0391
Semakan Kelayakan SYUKUR 2025

B. PERMOHONAN SYUKUR 2025

IMG 0394
LANGKAH 1: Layari portal rasmi Sentuhan Kasih Rakyat 2025
IMG 0395
LANGKAH 2: Lengkapkan Maklumat Daftar Akaun Pengguna Baharu SKR.
IMG 0396 2
LANGKAH 3: Lakukan pengesahan dan pengaktifan akaun melalui emel yang telah didaftarkan.
IMG 0397
LANGKAH 4: Semak inbox atau spam dalam emel pengguna dan Sahkan akaun.
IMG 0398 1
LANGKAH 5: Pastikan semasa Pengaktifan Akaun, keluar paparan “Berjaya! Akaun anda telah berjaya diaktifkan”.
IMG 0399
LANGKAH 6: Sila Log Masuk menggunakan No Kad Pengenalan dan Kata Laluan
IMG 0400
LANGKAH 7: Sila tekan butang Lupa Kata Laluan sekiranya terlupa kata laluan.
IMG 0401
LANGKAH 8: Sila tekan butang “Reset Akaun” dan masukkan kata laluan baru untuk kemaskini kata laluan.
IMG 0402
LANGKAH 9: Log masuk guna kata laluan terkini.
IMG 0403
LANGKAH 10: Isi dan kemaskini semua maklumat yang diperlukan.
IMG 0404
LANGKAH 11: Isi bahagian Ketua Isi Rumah.
IMG 0405
LANGKAH 12: Klik Daftar Maklumat
IMG 0406
LANGKAH 13: Isi bahagian Ahli Isi Rumah (AIR)
IMG 0407
LANGKAH 14: Isi Bahagian Indikator.
IMG 0408
LANGKAH 15: Isi Bahagian Indikator
IMG 0409
LANGKAH 16: Teruskan isi Bahagian Indikator
IMG 0410
LANGKAH 17: Sahkan Permohonan. Selesai!!

Maklumat Lanjut SYUKUR Sabah 2025

Jika terdapat sebarang soalan atau anda ingin mendapatkan info terkini berkenaan Program Sentuhan Kasih Rakyat 2025 ini anda boleh rujuk pada :

  • Hotline Program Sentuhan Kasih Rakyat Negeri Sabah: [Talian Telefon: 088 338 338 atau Talian Whatsapp : 010 – 5828207]
  • Laman web rasmi Program Sentuhan Kasih Rakyat Negeri Sabah: https://padans.sabah.gov.my/
IMG 0411
Program Sentuhan Kasih Rakyat Negeri Sabah