PERMOHONAN PROGRAM MYLESEN B2 JPJ TAHUN 2026 – Permohonan Lesen Percuma 2026
Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) bersama Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) meneruskan lagi program MyLesen B2 Tahun 2026. Maklumat lebih lanjut boleh dirujuk di: https://www.jpj.gov.my
Program MyLesen B2 Tahun 2026 adalah inisiatif kerajaan untuk memperkasa golongan B40 dan tanggungannya mendapatkan Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 untuk motosikal.
Table of Contents
Pengenalan
Program MyLesen B2 Tahun 2026 adalah satu inisiatif Kerajaan bagi memperkasa penerima (atau tanggungan) bantuan golongan B40 bagi mendapatkan Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2.
Program ini ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan. Peserta layak adalah warganegara Malaysia berumur antara 16 hingga 35 tahun semasa permohonan.
Program MyLesen B2 untuk tahun ini juga diperluaskan di institusi pendidikan dalam usaha membantu pelajar dan belia yang kurang berkemampuan mendapatkan lesen.
Peserta layak adalah warganegara Malaysia berumur antara 16 hingga 35 tahun semasa permohonan.
JPJ akan mengatur jadual latihan dan ujian memandu serta mengumumkan tarikh ujian praktikal peserta.
Peserta perlu melengkapkan modul latihan dan ujian mengikut masa dan prosedur yang ditetapkan sebelum lesen dikeluarkan.
JPJ bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan dan Jabatan Pendidikan Negeri untuk melaksanakan Program MyLesen B2 di peringkat sekolah bagi pelajar menunggang motosikal ke sekolah.
Impak Program
- Membantu golongan kurang berkemampuan untuk mendapatkan Lesen Memandu Kelas B2 (Motosikal).
- Meningkatkan keselamatan jalan raya melalui pemilikan Lesen Memandu.
- Menggalakkan dan memupuk masyarakat untuk memandu kenderaan secara sah di sisi undang-undang serta melahirkan penunggang motosikal yang kompeten.
Syarat Permohonan Program MyLesen B2 Tahun 2026
- Warganegara Malaysia
- Golongan B40 & tanggungan
- Berumur sekurang-kurangnya 16 tahun pada tahun 1 Januari 2026
- Belum memiliki sebarang Lesen Memandu
- Sihat fizikal dan mental
- Bebas senarai hitam Mahkamah, JPJ dan PDRM
- Keutamaan kepada Kadet JPJ, Pelajar Sekolah dan Pelajar Institusi Pengajian
Terma Syarat Program MyLesen B2 Tahun 2026
- Pendaftaran melalui borang ini tidak menjamin anda terus terpilih untuk menyertai Program ini.
- Program ini akan berlangsung bermula Mac sehingga Oktober 2026.
- Permohonan anda akan disaring mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan. Hanya peserta yang berjaya sahaja akan dihubungi oleh JPJ Negeri untuk mendaftar di Institut Memandu (IM) yang ditetapkan.
- Kos yuran peserta melibatkan fi latihan, amali dan ujian akan ditaja sepenuhnya.
- Kos pengangkutan ke IM dan kos-kos tambahan lain adalah tidak termasuk di dalam pakej ini dan perlu ditanggung oleh peserta sendiri.
- Peserta hendaklah bersedia mengikuti Pogram ini berdasarkan tempoh masa dan jadual latihan serta ujian yang ditetapkan.
- Peserta perlu mengikuti latihan, amali dan ujian memandu yang ditetapkan oleh JPJ.
- Peserta adalah tertakluk kepada apa-apa syarat tambahan yang ditetapkan oleh MOT dan JPJ dari semasa ke semasa.
Tarikh Tutup
Program akan dijangka akan berlangsung dari Mac sehingga Oktober 2026. Pendaftaran akan dibuka sehingga kuota yang ditetapkan penuh.
Tarikh tutup penyertaan Program MyLesen B2 Tahun 2026 pula adalah sehingga kuota penyertaan di JPJ Negeri dipenuhi.
Cara Memohon MyLesen B2 JPJ 2026
- Untuk memohon Program MyLesen B2 Tahun 2026, pendaftaran boleh dibuat melalui Pejabat JPJ Negeri di seluruh Malaysia.
- Anda juga boleh mengisi Borang Permohonan MyLesen B2 / 2026 melalui pautan ini: https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfbHvjaMDweMWeinMnQKTNk-3uzaRYJWvsyUBNbvziKXqYKQA/viewform.
- Borang penyertaan ini hanya dibuka bersempena dengan “Program Rancakkan MADANI 2025” pada 5 hingga 7 Disember 2025.
Pastikan anda memenuhi syarat kelayakan yang telah ditetapkan. Penyertaan akan ditutup setelah kuota penyertaan di setiap JPJ Negeri dipenuhi.
Pastikan anda menyediakan dokumen yang diperlukan seperti kad pengenalan, keputusan ujian saringan kesihatan, dan gambar pasport.
Selepas mengisi borang, anda perlu memilih pusat latihan memandu yang berdekatan untuk menjalani latihan praktikal.
JPJ akan mengatur jadual latihan anda dan memaklumkan tarikh ujian praktikal. Pastikan anda hadir pada tarikh yang ditetapkan untuk memastikan permohonan anda tidak terbatal.
Kos Bayaran
Tiada bayaran akan dikenakan kerana kos latihan dan ujian adalah dibiayai sepenuhnya oleh pihak Kerajaan.
Kos-kos lain seperti pemeriksaan kesihatan, pengangkutan, penginapan dan makan minum sepanjang peserta mengikuti kursus, latihan dan ujian memandu perlu ditanggung oleh peserta dan tidak termasuk di dalam pakej yuran pembiayaan oleh pihak Kerajaan.
Tempoh Masa Latihan & Ujian
Peserta perlu menjalani kesemua modul kursus, latihan dan ujian memandu mengikut tempoh masa dan prosedur yang telah ditetapkan oleh JPJ sebelum Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 dikeluarkan seperti berikut:
KELAS LESEN: B2
- Kursus Teori (KPP01) – 6 Jam
- Ujian Bertulis (KPP01) – 1 Jam
- Latihan Praktikal Di Litar (KPP02) – 9.5 Jam
- Latihan Praktikal Di Jalan Raya (KPP03) – 6 Jam
- Pra Ujian (QTI) – 30 Minit
- Ujian JPJ
Apabila peserta gagal untuk menamatkan Program dalam tempoh yang telah ditetapkan iaitu 3 bulan, peserta dikeluarkan daripada menyertai Program MyLesen B2 Tahun 2026.
Borang Pendaftaran / Permohonan MyLesen B2 / 2026
Berikut adalah Borang Permohonan MyLesen B2 / 2026: https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfbHvjaMDweMWeinMnQKTNk-3uzaRYJWvsyUBNbvziKXqYKQA/viewform
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan di alamat emel: [email protected] atau talian 03 – 8892 8714 / 8693.
- Facebook: Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia
- Twitter: JPJ_Malaysia
- Instagram: JPJMalaysia
- Youtube: JPJMalaysia
- Telegram: JPJ_Malaysia

