Jawatan Kosong Pembantu Tadbir di Pejabat Kerajaan Malaysia 2026

Berita baik bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan. Pejabat-pejabat kerajaan Malaysia kini membuka peluang kerjaya dengan mengumumkan satu jawatan kosong pembantu Tadbir yang menanti individu yang berkelayakan untuk memohon.

Berikut dikongsikan maklumat Jawatan Kosong pembantu tadbir bagi tahun 2026

Maklumat Jawatan Kosong

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun ke atas pada tarikh tutup iklan jawatan dan berkelayakan bagi mengisi jawatan kosong Pembantu tadbir sebagaimana berikut:

Nama Majikan:Jabatan Kerajaan Malaysia
Penempatan:Malaysia
Kelayakan:SPM
Taraf Jawatan:Kontrak
Tarikh Tutup:TERBUKA

Senarai Jawatan Kosong

  1. Pembantu Tadbir Umum (Relasis) di Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) – Johor
  2. Pembantu Tadbir Jabatan Pendidikan Negeri Melaka
  3. Pembantu Tadbir Jabatan Kesihatan Negeri Johor
  4. Pembantu Tadbir Jabatan Imigresen Malaysia
  5. Pembantu Tadbir Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan harta Kedah
  6. Pembantu Tadbir Jabatan Kesihatan Wilayah Kuala Lumpur dan Putrajaya
  7. Pembantu Tadbir Jabatan Pengurusan Hartanah, Jabatan Perdana Menteri
Pembantu tadbir
Jawatan Kosong Pembantu Tadbir di Pejabat Kerajaan Malaysia 2026 3

Syarat Asas Permohonan

Calon perlu memenuhi syarat asas berikut untuk memohon jawatan kosong Pembantu Tadbir, iaitu:

  • Warganegara Malaysia
  • Berusia tidak kurang daripada 18 tahun dan tidak melebihi 35 Tahun pada tarikh tutup iklan.
  • Melepasi syarat-syarat pelantikan yang telah ditetapkan bagi setiap jawatan kosong pembantu tadbir yang hendak dipohon. Sila baca pada lampiran yang kami telah sediakan seperti berikut.

Cara Mohon

  • Permohonan jawatan kosong diatas hendaklah melalui portal rasmi di myfuturejobs: https://myfuturejobs.gov.my/ atau pautan Apply Now/ Mohon Jawatan yang yang telah disediakan dibawah. Untuk pemohon kali pertama, anda perlu mendaftar akaun baru terlebih dahulu.
  • Calon dikehendaki memuat naik resume yang lengkap (kelayakan akademik, pengalaman kerja, gaji semasa dan gaji yang dipohon, gambar berukuran passport serta salinan sijil-sijil berkaitan) semasa membuat permohonan.
  • Sebelum membuat permohonan sila pastikan anda mengisi segala maklumat yang diminta dengan lengkap dan tepat.
  • Perlu diingatkan, hanya pemohon yang layak sahaja akan dipanggil ke temuduga. Sila lengkapkan dan kemaskini maklumat anda yang telah didaftarkan.
  • Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

Tarikh Penting Permohonan

Kesimpulan

Jangan Lepaskan Peluang ini untuk membina Kerjaya bersama pihak Kerajaan Malaysia. Ini merupakan peluang untuk anda mengembangkan karrier anda untuk tawaran gaji yang lumayan serta persekitaran kerja yang menarik. JOM MOHON!

Soalan Lazim

Apakah tugas utama sebagai Pembantu Tadbir Pejabat?

Tugas utama termasuk pengurusan fail, penyediaan dokumen rasmi, memasukkan data, membantu dalam urusan pentadbiran harian pejabat, mengendalikan surat-menyurat dan menyokong operasi jabatan dari segi pengurusan dan logistik.

Adakah pengalaman kerja diperlukan untuk memohon jawatan ini?

Tidak semestinya. Pemohon yang tidak mempunyai pengalaman kerja tetapi mempunyai kelayakan SPM/setaraftetap layak memohon. Namun, pengalaman dalam bidang pentadbiran atau kerja pejabat boleh menjadi satu kelebihan.

Saya lepasan SPM sahaja. Adakah saya layak memohon?

Ya. Kelayakan minimum adalah SPM atau setaraf. Asalkan anda memenuhi syarat lain seperti warganegara Malaysia dan umur yang ditetapkan, anda boleh memohon.

Gaji permulaan berapa?

Gaji bergantung kepada gred jawatan, contohnya Gred N19 bagi Pembantu Tadbir bermula sekitar RM1,352.00 hingga RM4,003.00 (tertakluk kepada pekeliling perkhidmatan semasa).

Adakah ini jawatan tetap atau kontrak?

Iklan terkini menyatakan jawatan ditawarkan adalah kontrak. Namun, berdasarkan prestasi, peluang untuk diserap sebagai jawatan tetap mungkin tersedia kelak.

Penafian

Blog ini diwujudkan semata-mata untuk tujuan penyebaran maklumat dan iklan jawatan kosong serta bantuan kerajaan kepada orang awam. Semua maklumat yang dikongsi di sini adalah berdasarkan sumber terbuka dan rasmi yang boleh diakses oleh umum.

Kami bukan wakil rasmi mana-mana agensi kerajaan atau syarikat, dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran untuk sebarang maklumat yang disiarkan.

Sebarang permohonan kerja, bantuan atau pendaftaran hendaklah dibuat melalui laman web rasmi organisasi berkaitan seperti yang dinyatakan dalam setiap artikel.

Blog ini tidak meminta sebarang maklumat peribadi daripada pengunjung, dan segala maklumat yang dipaparkan bertujuan untuk memudahkan carian serta memberikan pendedahan awal kepada pengguna mengenai peluang yang ada.

2 thoughts on “Jawatan Kosong Pembantu Tadbir di Pejabat Kerajaan Malaysia 2026”

  1. Umur saya 30 tahun,belum ada rezeki kerjaya..saya sempat ambik dip in offshore engineering..tp tak sempat habis..tunggu nenek sakit..lepas nenek meninggal..jaga atuk plk..tahun lepas atuk dh meninggal..skrg saya takde job..utk kelangsungan hidup

  2. Greetings,

    Your team seems to be thriving in your field. Would you like a complimentary AI SMS + Voice agent demo that helps you automate 24/7 sales appointment booking, and also a free lost revenue recovery report to show you how much money you might be losing without using AI agents?

    All the best,
    Michael Baptiste
    AI & Digital Marketing Expert

    Global client base
    15 years in digital marketing and 4 years in AI

    As featured on Fox News, The Think and Grow Rich International Mastermind show, The Les Brown podcast, Disrupt Magazine, Voyage MIA, MyCorporation, & others

    https://bit.ly/skywebai

Leave a Comment