JAWATAN KOSONG 2025 – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Jawatan kosong terkini di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tahun 2025 kini dibuka kepada semua individu yang berminat untuk menyertai perkhidmatan awam. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan serta mempunyai kelayakan akademik, kemahiran, dan pengalaman yang bersesuaian dengan jawatan yang ditawarkan.

Calon yang berjaya dipilih akan berpeluang untuk menyumbang khidmat bakti dalam sektor kesihatan negara melalui Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), sama ada di hospital, klinik kesihatan, pusat perubatan, mahupun unit sokongan kesihatan di seluruh negara. Jawatan-jawatan ini ditawarkan dengan tujuan memastikan perkhidmatan kesihatan sentiasa cekap, berkualiti, serta mampu memenuhi keperluan rakyat Malaysia.

Oleh itu, mereka yang berkelayakan adalah digalakkan untuk memohon serta mengambil peluang keemasan ini bagi membina kerjaya yang stabil, berprestij dan memberi manfaat kepada masyarakat serta negara.

Jawatan yang Ditawarkan

Bil.Jawatan dan GredBidangKekosonganSimpanan
1.Pengajar Gred U9Jururawat145100
Juru X-Ray310
Juruteknologi Makmal Perubatan410

Ringkasan Jawatan

  • Taraf Tetap / Kontrak
  • Gaji RM2,250 – RM11,110
  • Dikemaskini pada September 30, 2025
  • Tarikh tutup Oktober 07, 2025
  • Lokasi penempatan Seluruh Malaysia

Cara Memohon

Calon yang berminat untuk memohon dan memenuhi syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan adalah dikehendaki mengemukakan permohonan secara dalam talian melalui Portal Rasmi Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA9). Untuk tujuan tersebut, sila klik pada pautan permohonan yang disediakan di bawah iklan ini.

Bagi calon yang telah mempunyai akaun dan pernah mendaftar permohonan bagi jawatan yang sama sebelum ini, anda tidak perlu melakukan pendaftaran baharu, dengan syarat permohonan yang terdahulu masih berada dalam tempoh sah laku sehingga tarikh tutup iklan. Walau bagaimanapun, calon wajib memastikan maklumat penting seperti pemilihan pusat temuduga terdekat dikemas kini di dalam sistem SPA9 sebelum atau pada tarikh tutup iklan bagi mengelakkan sebarang kesulitan semasa proses pemilihan dan penjadualan temuduga dijalankan.

Hanya permohonan yang lengkap serta diterima oleh sistem sebelum atau pada tarikh tutup iklan sahaja yang akan diproses oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA). Permohonan yang dihantar selepas tarikh dan masa yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan.

Untuk makluman semua calon, tarikh tutup permohonan bagi urusan pengambilan ini adalah pada 07 Oktober 2025 (Selasa), jam 11.59 malam. Oleh itu, para pemohon adalah dinasihatkan supaya tidak menunggu sehingga saat akhir untuk membuat permohonan bagi mengelakkan sebarang masalah teknikal yang mungkin berlaku.

Pautan

Permohonan dan kemaskini permohonan secara online di SPA9 disini

Jawatan KKM
Halaman Rasmi SPA

Tips Untuk Memohon Kerja

1. Semak Kelayakan & Syarat

  • Pastikan anda membaca syarat-syarat jawatan dengan teliti (kelulusan, umur, bidang pengajian, pengalaman, dan lain-lain).
  • Jangan mohon jika tidak menepati syarat asas – permohonan biasanya akan ditolak awal.

2. Sediakan Dokumen Lengkap

  • Resume/CV yang kemas, padat dan tersusun.
  • Salinan sijil akademik, sijil kemahiran, surat pengalaman kerja (jika ada).
  • Pastikan semua dokumen discan dengan jelas untuk upload online.

3. Isi Permohonan Dengan Teliti

  • Gunakan email & nombor telefon yang aktif.
  • Pastikan tiada kesalahan ejaan pada nama, IC, alamat dan butiran lain.
  • Semak dua kali sebelum tekan “Submit”.

4. Kemaskini Maklumat Dalam Sistem (SPA9/Job Portal)

  • Pastikan pusat temuduga dan lokasi pilihan kerja dikemas kini.
  • Update pengalaman kerja terkini, sijil tambahan, atau kursus yang pernah diikuti.

5. Tulis Resume Yang Menarik

  • Highlight pencapaian (contoh: “Pengalaman sebagai Pembantu Tadbir selama 2 tahun dengan kemahiran Microsoft Office”).
  • Gunakan bullet points supaya mudah dibaca.
  • Jangan terlalu panjang – 2 muka surat sudah memadai.

6. Bersedia Untuk Temuduga

  • Cari info tentang syarikat/jabatan yang anda mohon.
  • Latih diri menjawab soalan lazim temuduga seperti “Ceritakan tentang diri anda” atau “Mengapa anda mahu bekerja di sini?”.
  • Berpakaian kemas dan profesional.

7. Hantar Permohonan Awal

  • Jangan tunggu saat akhir – sistem mungkin slow atau error.
  • Hantar lebih awal memberi anda masa untuk semak semula jika ada kesilapan.

8. Follow Up & Sabar

  • Selepas hantar, selalu semak email dan notifikasi sistem SPA/portal kerja.
  • Jangan cepat putus asa – kadang-kadang pengambilan ambil masa lama.