Diskaun Saman PDRM 70% (1 November – 30 Disember 2025)

Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menawarkan diskaun sehingga 70% bagi bayaran saman trafik bermula 1 November hingga 30 Disember 2025. Tiada diskaun akan diberi kepada saman tertunggak selepas tempoh ini. Semakan dan bayaran boleh dibuat secara manual di kaunter bayaran trafik daerah, pejabat pos atau secara online melalui aplikasi MyBayar PDRM (https://mybayar.rmp.gov.my/)

Jom ketahui lebih lanjut untuk mendapatkan manfaat daripada pengurangan saman ini.

Diskaun Saman PDRM 70% (1 November – 30 Disember 2025) 

Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menawarkan diskaun sehingga 70% bagi bayaran saman trafik bermula 1 November hingga 30 Disember 2025. Tiada diskaun akan diberi kepada saman tertunggak selepas tempoh ini.

Kerajaan berpandangan bahawa langkah ini wajar dilaksanakan bagi memberi ruang dan peluang kepada orang ramai menyelesaikan tunggakan sebelum pelaksanaan sistem penyelarasan saman baharu mulai 1 Januari 2026.

Diskaum Saman
Diskaun Saman

Cara Dapatkan Diskaun Saman PDRM 70%

Rakyat Malaysia boleh mendapatkan diskaun saman PDRM sebanyak 70% sekiranya anda membuat pembayaran dalam tempoh kempen ini, bermula 1 November hingga 30 Disember 2025.

Pembayaran saman boleh dibuat secara manual atau online, iaitu melalui 3 cara ini:

  1. Aplikasi MyBayar PDRM bagi pengguna MyDigital ID
  2. Semua kaunter trafik daerah
  3. Pejabat Pos Malaysia seluruh negara

Untuk makluman semua, kadar insentif ini tidak terpakai bagi kategori kesalahan yang tidak boleh dikompaun (non-compoundable).

IMG 0788

Penyelarasan Kompaun / Kaedah Saman Baharu Mulai 1 Januari 2026

Adalah dimaklumkan bahawa mulai tahun 2026, pendekatan pembayaran saman akan diseragamkan antara PDRM dan JPJ seperti berikut :

  • 15 hari pertama – Pengurangan 50% 
  • 16-30 hari – Pengurangan 33%
  • 31-60 hari – Tiada pengurangan (Perlu bayar kadar penuh / maksimum)
  • Selepas 60 hari – Tindakan mahkamah atau senarai hitam
IMG 0791
Sumber: BERNAMA

Ketika ini, jumlah tunggakan saman trafik dianggarkan mencecah RM6.6 bilion. Langkah ini bukan sahaja akan membantu mengurangkan beban kewangan kerajaan, tetapi juga mendorong rakyat agar lebih bertanggungjawab dan patuh kepada undang-undang jalan raya.

Selepas tempoh tawaran diskaun ini berakhir, PDRM dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan menilai semula langkah penguatkuasaan terhadap mereka yang masih gagal menjelaskan bayaran. Dalam masa yang sama, kempen kesedaran awam dan pematuhan undang-undang jalan raya akan terus dipergiat.

Kerajaan MADANI komited memastikan setiap dasar dan keputusan yang diambil berpaksikan prinsip kebertanggungjawaban, kesejahteraan rakyat, dan keselamatan negara.

Semakan Online @ MyBayar Saman

Bagi mengelakkan kesesakan dan mengetahui jumlah saman yang perlu dibayar, orang ramai yang ingin membuat bayaran saman boleh membuat semakan terlebih dahulu melalui Portal MyBayar Saman.

IMG 0793

Anda perlu mendaftar sebagai pengguna MyBayar Saman melalui :

Cara Login MyBayar PDRM

  • Berkuatkuasa 1 Oktober 2025, MyDigital ID akan dijadikan sebagai log masuk tunggal bagi warganegara Malaysia untuk menggunakan aplikasi MyBayar PDRM.
  • Warganegara diminta memuat turun aplikasi MyDigital ID bagi memastikan kelancaran akses.
  • Sila muat turun melalui pautan rasmi berikut: https://www.digital-id.my
IMG 0794

Sila login menggunakan MyDigital ID. Jika anda nak tahu lebih lanjut bagaimana cara daftar MyDigital ID, sila rujuk artikel MyDigital ID – Login, Daftar, Semakan

Diskaun Saman

Anda akan mendapat pengurangan saman secara automatik setelah log masuk ke aplikasi MyBayar PDRM melalui MyDigital ID.

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai pengurangkan saman ini, sila rujuk soalan lazim berikut:

Apakah My Digital ID?

My Digital ID Sdn Bhd ialah sebuah agensi strategik kerajaan yang ditubuhkan pada 15 Januari 2024, di bawah seliaan Jabatan Perdana Menteri. Organisasi ini diasaskan dengan visi untuk mentransformasi pengurusan identiti digital di Malaysia. Ia menguruskan pelaksanaan inisiatif kerajaan, MyDigital ID, yang bertujuan untuk menyediakan penyelesaian identiti digital yang selamat, dipercayai dan mudah digunakan untuk pengurusan identiti digital dalam era digital yang semakin berkembang.

Bagaimana daftar My Digital ID?

Muat turun aplikasi di pautan rasmi https://www.digital-id.my/download
Anda boleh pilih sama ada ingin daftar melalui kiosk atau daftar sendiri melalui aplikasi tersebut. Anda hanya perlu mengisikan e-mel terkini, masukkan OTP dan membuat pengecaman wajah untuk mendaftar sebagai pengguna My Digital ID.

Bilakah tempoh diskaun saman PDRM 70%?

Tempoh diskaun saman bermula 1 November hingga 30 Disember 2025. 

Adakah syarat mendapat pengurangan 70% ?

Anda perlu buat bayaran dalam tempoh kempen iaitu 1 November – 30 Disember 2025.

Bayaran boleh dibuat melalui 3 cara iaitu:
1. Bayaran di kaunter trafik
2. Bayaran di semua Pejabat POS Malaysia
3. Bayaran online melalui aplikasi MyBayar PDRM
Bagi bayaran online, pengguna perlu log masuk ke MyBayar melalui My Digital ID.