
Table of Contents
Perdana Menteri Anwar Ibrahim telah mengumumkan bantuan RM100 one-off kepada semua rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas tanpa mengira pendapatan, iaitu SARA Untuk Semua. Bantuan ini akan dikreditkan bermula 31 Ogos 2025 dan ia boleh ditebus menggunakan MyKad masing-masing untuk bayaran secara cashless. Semakan status SARA Untuk Semua boleh disemak melalui pautan https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus bermula 21 Ogos 2025.


Untuk mendapatkan bantuan ini, anda hanya perlu membawa MyKad ke kedai yang terpilih.

Pemberian menerusi MyKad mulai 31 Ogos hingga 31 Disember 2025 untuk pembelian barangan asas di 4100 kedai seluruh negara.
Jom ketahui lebih lanjut tentang Bantuan SARA Untuk Semua
Pengenalan SARA Untuk Semua, Bantuan Tunai RM100 One-off
Ramai yang tertanya-tanya: Apa sebenarnya Sumbangan Asas Rahmah (SARA) ni?
Lepas YAB Perdana Menteri umum SARA untuk Semua iaitu SETIAP RAKYAT MALAYSIA BERUMUR 18 TAHUN DAN KE ATAS akan terima RM100 SARA secara ‘one-off’ pada 31 OGOS 2025, terus ramai tertanya-tanya… Eh, SARA ni bantuan apa?
Mari kami share!
- SARA ialah bantuan tunai yang diberikan melalui MyKad penerima untuk beli barangan keperluan asas di kedai terpilih seluruh negara.
- Kredit SARA boleh digunakan di lebih 4,100 kedai di seluruh negara — contohnya macam Giant, Mydin, HeroMarket dan banyak kedai lain. Kedai runcit “Pak Mat” pun ada!
- Barang yang boleh beli ada 14 kategori yang meliputi 90,000 barangan. Memang banyak. Contoh – beras, telur, roti, minyak masak, pampers, panadol, alat tulis, sabun mandi dan sebagainya.
- Nak tahu apa yang paling ‘best’? Tunjuk MyKad je untuk beli barang di bawah SARA. Mudah kata, ‘cashless’! Kalau tak habis guna, jangan risau baki tak ‘expired’. Boleh guna sehingga 31 Disember 2025.
- SARA RM100 ‘one-off’ ni diberikan kepada individu. Kalau dalam keluarga ada 4 orang dewasa, satu rumah dah boleh dapat RM400. Fuhh! Tapi, harus bijak berbelanja okay!
Rujuk infografik rasmi Kementerian Kewangan Malaysia (MOF):




Tarikh Pelaksanaan / Penebusan SARA UNTUK SEMUA
Kredit RM100 SARA UNTUK SEMUA sah digunakan sehingga tarikh luputnya, 31 Disember 2025. Baki yang tidak dibelanjakan akan diagihkan semula kepada golongan rentan melalui program yang diputuskan kelak.
Syarat Kelayakan
Setiap individu rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas layak menerima RM100 secara one-off menggunakan MyKad.
Secara kolektif, sesebuah isi rumah berpeluang menerima jumlah kredit SARA yang lebih tinggi. Contohnya, sebuah keluarga yang terdiri daripada sepasang suami isteri dan 2 orang anak berumur 18 tahun ke atas akan menerima jumlah keseluruhannya RM400.

Semakan SARA One-off
Semakan status SARA Untuk Semua boleh dibuat melalui laman web rasmi MyKasih melalui pautan https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus mulai 21 Ogos 2025.

Anda hanya perlu memasukkan nombor MyKad ke ruangan yang tertera seperti dalam paparan skrin di atas.

Senarai Barangan Yang Boleh Dibeli Dengan MyKad Menerusi Program SARA Untuk Semua
Kredit SARA boleh dibelanjakan di lebih 4,100 premis runcit melibatkan lebih 90,000 barangan keperluan dalam 14 kategori — antaranya beras, telur, kebersihan rumah, ubat-ubatan dan keperluan sekolah.
Jika anda merupakan penerima SARA atau program MyKasih sebelum ini, mekanisme yang digunakan adalah serupa.

Cara Tebus Duit Dalam MyKad (SARA Untuk Semua)
Untuk menggunakan atau menebus wang dalam MyKad, anda hanya perlu membawa MyKad ke kedai yang terpilih.
Juruwang akan mengimbas kad pengenalan anda untuk menebus bantuan tersebut. Pastikan anda menggunakannya untuk memberi barangan keperluan dalam kategori yang dikhaskan.
Sila rujuk langkah pembelian :
- Pilih Barangan Keperluan
- Penerima bantuan boleh membeli barangan berdasarkan 14 kategori barangan yang mempunyai label SARA dan MyKasih di rak tanda harga.
- Tunjuk MyKad Untuk Pengesahan
- Juruwang menyemak status MyKad penerima bantuan.
- Tukar Nombor Pin
- Penerima bantuan perlu menukar nombor pin sementara (6-digit pertama MyKad) kepada nombor pin yang baru.
- Imbas Kod Barangan
- Juruwang mengimbas setiap barang keperluan makanan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
- Bayar Menggunakan MyKad
- Penerima bantuan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi
- Simpan Resit Untuk Semakan
- Penerima bantuan menyimpan resit untuk menyemak transaksi pembelian.
NOTA: MyKad digunakan sebagai VERIFIKASI sesorang individu itu adalah penerima bantuan SARA RM100. Pastikan MyKad dalam keadaan baik, bagi tujuan penggantian MyKad boleh dibuat melalui JPN.
