Bantuan 150,000 Komputer Riba Untuk Golongan B40 - Jawatan Malaysia Terkini!

Breaking

Join Channel Telegram Rasmi @Jawatanmalaysiaterkini

DAFTAR E-MAIL UNTUK DAPATKAN INFO JAWATAN KOSONG TERKINI

Wednesday, November 11, 2020

Bantuan 150,000 Komputer Riba Untuk Golongan B40


Komputer Riba Percuma

WARGA MALAYSIA! Melalui pembentangan Belanjawan 2021, kerajaan akan menyediakan bantuan komputer riba percuma kepada pelajar sekolah bagi meringankan beban golongan yang kurang berkemampuan dalam meneruskan pembelajaran secara atas talian.

Dalam norma baharu ini, pembelajaran secara dalam talian telah menjadi satu amalan. Pemberian komputer riba ini bakal memberi manfaat kepada murid yang layak.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut bantuan komputer riba percuma.

150,000 Murid Bakal Terima Komputer Riba Percuma

Pemberian komputer riba percuma adalah melibatkan 150,000 murid di 500 buah sekolah sebagai projek rintis bagi mengurangkan beban masalah pembelajaran secara dalam talian.

Sehubungan dengan itu, kerajaan mengumumkan Syarikat Milik Kerajaan (GLC) dan Syarikat Pelaburan Milik Kerajaan (GLIC) akan menyumbangkan RM150 Juta ke dalam Tabung Cerdik bagi pemberian komputer riba kepada 150 ribu murid sekolah.

Menurut beliau, projek rintis akan diselia oleh Yayasan Hasanah.




"Terima kasih saya ucapkan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang bekerjasama rapat dengan Yayasan Hasanah untuk mempercepatkan penyampaian 150,000 komputer riba oleh GLC dan GLIC bermula bulan Februari ini.

"Ini adalah salah satu cara kita memanfaatkan ekosistem kerajaan bagi membantu golongan yang memerlukan," Kata Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.


Rujuk Sepenuhnya CERDIK 

Terakhir dari Admin JMK , Jangan lupa Share Info ini kepada kawan-kawan & saudara mara anda. Semoga dipermudahkan segala urusan oleh-Nya Amin. Terima Kasih.

1 comment: