Bantuan Menyeluruh Diberikan Untuk Penduduk Di Kawasan PKPB dan PKPD - Jawatan Malaysia Terkini!

Breaking

Join Channel Telegram Rasmi @Jawatanmalaysiaterkini

Thursday, October 29, 2020

Bantuan Menyeluruh Diberikan Untuk Penduduk Di Kawasan PKPB dan PKPD

Bantuan akan diberikan oleh kerajaan secara menyeluruh kepada penduduk yang terjejas akibat penularan COVID-19 khususnya di Sabah dan Kedah.

BANTUAN KHAS COVID-19

Bantuan buat penduduk di PKPB dan PKPD

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Takiyuddin Hassan, agensi berkaitan diminta memastikan bantuan sampai kepada penduduk yang terkesan terutamanya di kawasan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).


“Saya tekankan hasrat Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mahu tiada seorang pun yang terjejas terkecuali atau terlepas daripada mendapat bantuan kerajaan”.

Dalam perkembangan lain, PERKESO hari ini mengumumkan akan membuat bayaran balik subsidi RM150 buat semua pekerja yang disaring COVID-19. 

Baca juga : Mohon Subsidi Upah RM600 Sekarang ! Permohonan dibuka dari 1 Oktober sehingga 31 Disember 2020

Credit : xtra.com.my

No comments:

Post a Comment