[INFORMASI] Panduan Mudah Atau Cara Dapatkan Diskaun Sebanyak 50% Bil Elektrik TNB ~ Tenaga Nasional Berhad - Jawatan Malaysia Terkini!

Breaking

Join Channel Telegram Rasmi @Jawatanmalaysiaterkini

Tuesday, April 21, 2020

[INFORMASI] Panduan Mudah Atau Cara Dapatkan Diskaun Sebanyak 50% Bil Elektrik TNB ~ Tenaga Nasional Berhad

Panduan Mudah Atau Cara Dapatkan Diskaun Sebanyak 50% Bil Elektrik TNB (Rujuk Pautan Berwarna Biru Dibawah)

Sebanyak RM 530 juta peruntukan telah diumumkan oleh kerajaan dengan kerjasama TNB untuk memberikan diskaun elektrik antara 15 peratus hingga 50 peratus kepada pengguna.

Cara Dapatkan Diskaun Sebanyak 50% Bil Elektrik Selama 6 Bulan :

Diskaun bil elektrik ini bermula atau berkuatkuasa untuk tempoh 6 bulan bermula 1 April 2020 sehingga 30 September 2020 untuk semua kadar diskaun yang diberikan. (Jom lihat Panduan Untuk Dapatkan Kadar Diskaun Sehingga 50% dibawah) : 


Untuk mendapatkan diskaun sebanyak 50% bil elektrik selama enam bulan , Anda perlu buat adalah memastikan penggunaan elektrik rumah anda tidak melebihi 200 kWh atau RM43.60 sebulan. 
Pengiraan kadar diskaun bil elektrik setiap bulan ini akan dibuat berdasarkan kadar kWh yang digunakan mengikut kadar seperti dibawah : 
Jika anda guna 200 kWh ke bawah sebulan, Anda akan menerima diskaun sebanyak 50% 

Jika anda guna 201 - 300 kWh sebulan, Anda akan menerima diskaun sebanyak 25% 

Jika anda guna 301 - 600 kWh sebulan, Anda akan menerima diskaun sebanyak 15% 

Jika anda guna lebih 600 kWh sebulan, Anda akan menerima diskaun sebanyak 2% 

Baca juga : Cara Mudah Semak Duit BPN Masuk Dalam Akaun Atau Tidak 

    [+] Join Group Telegramhttps://t.me/JawatanMalaysiaKini

    Sila semak pada Bil Elektrik anda dibahagian kotak merah (seperti dibawah) untuk menyemak kadar penggunaan kWh elektrik anda.



    Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda. Jangan lupa share artikel ini kepada kawan-kawan & saudara mara anda. Berharap agar kita dapat berjimat cermat dalam menggunakan elektrik dimana sahaja. 
    Terakhir dari Admin JMK , Semoga dipermudahkan segala urusan oleh-Nya Amin. 

    Sumber : Kerjakosong.co

    No comments:

    Post a Comment