[INFORMASI] Perkeso Beri RM600 Sebulan Kepada Pekerja Swasta Terima Notis Cuti Tanpa Gaji - Jawatan Malaysia Terkini!

Breaking

Join Channel Telegram Rasmi @Jawatanmalaysiaterkini

Wednesday, March 18, 2020

[INFORMASI] Perkeso Beri RM600 Sebulan Kepada Pekerja Swasta Terima Notis Cuti Tanpa Gaji

Perkeso Beri RM600 Sebulan Kepada Pekerja Swasta Terima Notis Cuti Tanpa Gaji.

Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) akan menyediakan bantuan kewangan sebanyak RM600 sebulan kepada pekerja swasta yang diberi notis cuti tanpa gaji sejak 1 Mac lalu.

Menurut Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan, bantuan di bawah Program Pengekalan Pekerja (ERP) itu akan diberi selama enam bulan kepada pekerja yang layak iaitu mencarum dengan Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) Perkeso.

“Terhad kepada pekerja yang bergaji RM4,000 dan ke bawa. Majikan membuat permohonan bagi pihak pekerja dan majikan hendaklah menyalurkan RM600 terus ke dalam akaun pekerja,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Saravanan menjangka kira-kira 6.9 juta pekerja swasta di bawah SIP bakal menikmati bantuan bantuan kewangan segera berkenaan.

  • Cara untuk memohon bantuan tekan KLIK SINI dibawah

Baca juga : Cara Mohon Bantuan RM100 Sehari Untuk Pekerja Yang Tak Di Bayar Gaji atau Hilang Sumber Pendapatan akibat COVID-19

Selain itu, Perkeso juga akan menyediakan program penempatan pekerjaan serta latihan.

Antara lain, jelas beliau lagi, pekerja yang berdaftar dan mencarum di bawah sistem tersebut juga akan menerima elaun mencari pekerjaan iaitu bermula 80 peratus gaji anggapan selama enam bulan dengan kadar menurun kepada 50 peratus hingga 30 peratus.

Selain itu turut disediakan elaun bekerja semula,elaun pendapatan berkurangan, elaun bekerja semula, elaun latihan dan fi latihan terhad kepada RM6,000.

Untuk Memohon Bantuan KLIK SINI 

[+] Join Group Telegram : https://t.me/JawatanMalaysiaKini


Credit to :
  • Kerjaya.co

No comments:

Post a Comment