Skіm Jаmіnаn Krеdіt Pеrumаhаn (SJKP) Mіlіkі Rumаh Dеngаn Gаjі Sеrеndаh RM1,000 – Inі Cara Mоhоn

Permohonan%20%20Online%20Skim%20Jaminan%20Kredit%20Perumahan
AVvXsEjoPFzsTP Fe6SCWVStP6KWtV7a67nRUn Sv REmaK8dS ES2eisM LVrLXzYzW e M6cQ 06nqswJaFTh64hN7BBpsQxPWYkPZCt5hrGTcTCRV9mSA8NpwFH5v tYEAj1FbxCw Cg3OwX uCZr8a8uhnIimahhV0SnMrskvRK3v9oEsnpkh7wgiLv=s16000


Mohon Rumah Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP)


Pekerja yang bergaji RM1,000 dan tidak mempunyai slip gaji boleh memiliki rumah sendiri melalui Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP)

Apakah Itu Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP)?


Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) ialah satu skim perumahan terbuka kepada warganegara Malaysia yang tidak mempunyai pendapatan tidak tetap. Skim ini juga merangkumi pembelian rumah kos rendah dan sederhana sama ada sedang dibina atau telah siap, rumah sedia ada daripada terjual atau lelongan.

AVvXsEjFrwIRx0Sxd nIMvVxeRCTgVGr8qCSeNMgSMEsF nl9pfsNIftgULPD5ToxJoPtHppQfJcYS asQgDXzOWQKTqJiCSYqDQxVtTxMt6mhJen8p73xmTV6aNcJ5TxFyUuST


Syarat Kelayakan Permohonan SJKP

Anda boleh rujuk kelayakan permohonan SJKP seperti dibawah :


  •  Warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas.
  •  Berpendapat tidak tetap seperti peniaga kecil, petani, pemandu teksi, nelayan dll atau berpendapatan tetap (tertakluk kepada RM300 juta yang pertama sahaja). Pinjaman bersama dibenarkan. Pembelian kali pertama rumah kediaman kos rendah / sederhana / mampu milik dan untuk didiami.
  •  Pembelian rumah kediaman baru / didalam pembinaan atau sedia ada atau lelongan.
  •  Pendapatan purata kasar minima RM1,000 sebulan.
  •  Mesti bermastautin di dalam lingkungan 20km daripada cawangan institusi kewangan tempat permohonan dibuat.
  •  Pembayaran bulanan kesemua pinjaman <65% daripada pendapatan kasar.
  •  Rekod tunggakan CCRIS 2 bulan bagi tempoh 12 bulan terkini.
  •  Tidak mempunyai rekod-rekod negatif lain bagi tempoh 24 bulan terkini.


AVvXsEgmoj6o dRlnBpA kor7zNwExbSFslGgP2gm1eTIvbcQDubS0oqTpf75dB3NwWFegta IuZezm7wsQK3uzGys98NLV8 wYzdl8bSSTm2WukNmU5UcNttdepD4CVing yw1pRHimNqnUpyHhvHA0J2uCbF7bEN9gh8avKM9hNsy 1EM6yKOOq5LDZ4myqUg=s16000


Senarai Institusi Kewangan


Berikut adalah senarai institusi kewangan yang terlibat dengan SJKP ialah :

  1. Affin Bank, Affin Islamic
  2. Maybank, Maybank Islamic
  3. Alliance Bank, Alliance Islamic Bank
  4. Bank Muamalat
  5. Bank Rakyat
  6. Agro Bank
  7. AmBank Group, AmIslamic Bank
  8. Bank Islam BSN 
  9. Hong Leong Bank
  10. Hong Leong Islamic Bank

    AVvXsEhmWmvPHC Padg 55A VCD9 4398tpJnlbnJwVnbqXTLIJ EjZS9NIwOcJgDjIsrGh3nNdd7trJFDwlBldosPrE 3YJxyC4CamH8NLSTFj4HMGtf Wva89v9l9geMk9vvCXxqpx0mqXtUV LEe ESWvoFMp3V4gtmcGHB oRWd5JOZBM0V75BdS tBQZ1w=s16000

    Proses Permohonan

    Anda juga perlu mengetahui proses-proses permohonan SJKP ini seperti :
    1. Mengenalpasti rumah yang ingin dibeli dan mendapatkan dokumen berkaitan seperti draf perjanjian jual beli atau resit bayaran tempahan.
    2. Dapatkan surat pengesahan pendapatan daripada individu yang dibenarkan (Pegawai Kerajaan Kategori A, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Penghulu atau wakil yang terpilih). Surat itu hendaklah menyatakan nama, nombor kad pengenalan, sumber pendapatan, purata pendapatan bulanan, tempat perniagaan dan tempoh berniaga.
    3. Sila dapatkan dua surat berasingan sekiranya kedua-dua suami dan isteri mempunyai sumber pendapatan berasingan. Untuk kakitangan bergaji, sila bawakan penyata gaji dan penyata EPF. Menyediakan dokumen sokongan sumber pendapatan seperti penyata akaun simpanan, Lesen Perniagaan, Kad Pendaftaran Nelayan atau rumah geran tanah (untuk aktiviti pertanian) atau lain-lain dokumen sokongan aktiviti jual beli,
    4. Sila bawa semua dokumen yang dinyatakan dan mohonlah pembiayaan perumahan dimana-mana cawangan institusi-institusi kewangan yang terdekat yang menyertai skim jaminan ini.
    5. Permohonan bukan secara terus ke pejabat SJKP Berhad tetapi dilakukan di cawangan institusi kewangan yang menyertai skim ini.

    AVvXsEgyPUXr0lLy1S6qUSPssMwpKW NCQZNZd9TAW4kn8kjeJcznT6haBnByKj6Ei

    Maklumat & Pertanyaan

    Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP), anda boleh hubungi mereja di saluran berikut :
    •  Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad (798619-K)
      Tingkat 12, Bangunan Setia 1,
      15 Lorong Dungun, Bukit Damansara,
      50490 Kuala Lumpur
    •  Telefon : 03-2096 5000
    •  Faks : 03-2096 5090
    •  Emel : [email protected] 

    Info Selanjutnya KLIK SINI 
    Proses Permohonan yang dilakukan KLIK SINI 
    Credit : Mingguanjawatan.com



0 thoughts on “Skіm Jаmіnаn Krеdіt Pеrumаhаn (SJKP) Mіlіkі Rumаh Dеngаn Gаjі Sеrеndаh RM1,000 – Inі Cara Mоhоn”

  1. Suami kje security gji dpt rm2000 ingin Ade rumah sendiri…sewa pun mmpu byar RM550 stiap Bulan…istripun kje.. cume xd slip gji.knpe susah sngt mohon rumah….duit yg untuk byr sewa… bisa untuk byr bank …knpe takut sngt kami xmampu byar…tolongla golongn rendah ni untuk mndptkn rumah…walaupun kcil xpe… terima ksih…

  2. Saya berkerja di sebuah kedai runcit dengan pendapatan rm1500.00 tiada slip gaji saya kurang arif cara untuk membeli rumah..saya ada CTOS pernah mencuba tapi kena ada income tax saya x faham…sya ingin memiliki rumah sendiri walaupun kecik tolong la bantu saya

  3. Saya juga ingin memrlukn rumah sendiri suami berkerja tidak tetap berkerja kmi seklurga hanya hidup menumpang.saya dan suami mempunyai r org ank hidup kami hanya menumpang layak kah saya memohon permohonan rumah ini…saya ingin memeliki impian rumah sendiri tampa hidup menumpang.sudah banyak kali membuat permhonan untuk mandapat kan rumah tapi tidak pernh dapat2 hingga sekarang.mencoba jg memohon rumah pprt agar dapat hidup mempunyai rumah tampa menumpang.namun tidak pernah dapat2.kali ini saya mencoba nasib boleh kah dan layak kah saya memohon rumah impian yang salam ini saya ingin kan.layak kah saya memohon..

  4. Suami sy pn ingin memilki rmh sndri..tp x mampu.adkah suami dpt..wlpn suami kj krjaan.nie pn menyewa..dr kt sewa rmh org lbh baik kt byr buln2 kt bnk dh tntu hak milk kita.area selangor(telok panglima grng)

  5. Saya ibu tunggal dh telah lama menghantar pemohonan ke Perumahan Sarawak utk mendapatkan rumah kerana sekarang saya menumpang rumah keluarga saya. Dh hampir 13 tahun apply. Ada surat sokongan dari Persatuan Ibutunggal. Telah dua kali disuruh update pemohonan tapi sampai sekarang tiada apa2 pun tindakan dari pihak perumahan Sarawak. Apa maksudnya peruntukan untuk ibutunggal. Adakah kerana nama saya ni ANAK bukan Bin atau Binti?

  6. Bagaimana cara nak memohon yaa,dah berkahwin dan memiliki 3 org anak,saya dah menyewa hampir 13 tahun,x mmpu nak beli rmh,dgn harga terlalu tinggi skrg ni,suami Keja sendiri,cukup cukup mkn jer, pendapatan x menentu,layak kah Klau saya nak memohon??

  7. Saya ingin memiliki rumah,tapi tak ada pendapatan tetap,sekarang masih menyewa lagi,dah lah bayar sewa 650 satu bulan,di harap kerajaan dapat bantu.

Leave a Comment