Belanjawan 2021 Seramai 150,000 Murid Sekolah Bakal Terima Komputer Riba Secara Percuma - Jawatan Malaysia Terkini!

Breaking

Join Channel Telegram Rasmi @Jawatanmalaysiaterkini

DAFTAR E-MAIL UNTUK DAPATKAN INFO JAWATAN KOSONG TERKINI

Wednesday, November 11, 2020

Belanjawan 2021 Seramai 150,000 Murid Sekolah Bakal Terima Komputer Riba Secara Percuma


Komputer Riba Percuma

TERKINI! Melalui pembentangan Belanjawan 2021 Jumaat lepas, kerajaan akan menyediakan bantuan komputer riba percuma kepada pelajar sekolah bagi meringankan beban golongan yang kurang berkemampuan dalam meneruskan pembelajaran secara atas talian.

Dalam norma baharu ini, pembelajaran secara dalam talian telah menjadi satu amalan. Pemberian komputer riba ini bakal memberi manfaat kepada murid yang layak.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut bantuan komputer riba percuma.

150,000 Murid Bakal Terima Komputer Riba Percuma

Pemberian komputer riba percuma adalah melibatkan 150,000 murid di 500 buah sekolah sebagai projek rintis bagi mengurangkan beban masalah pembelajaran secara dalam talian.

Sehubungan dengan itu, kerajaan mengumumkan Syarikat Milik Kerajaan (GLC) dan Syarikat Pelaburan Milik Kerajaan (GLIC) akan menyumbangkan RM150 Juta ke dalam Tabung Cerdik bagi pemberian komputer riba kepada 150 ribu murid sekolah.

Menurut beliau, projek rintis akan diselia oleh Yayasan Hasanah.




Makluman permohonan dan syarat kelayakan pemberian komputer riba percuma akan menyusul selepas mendapat makluman nanti.

No comments:

Post a Comment