[Permohonan Dibuka] Program Perumahan Rakyat (PPR) 2020 - Jawatan Malaysia Terkini!

Breaking

Join Channel Telegram Rasmi @Jawatanmalaysiaterkini

DAFTAR E-MAIL UNTUK DAPATKAN INFO JAWATAN KOSONG TERKINI

Tuesday, October 27, 2020

[Permohonan Dibuka] Program Perumahan Rakyat (PPR) 2020

Panduan Untuk Memohon Rumah PPR Online Dibawah Program Perumahan Rakyat Disewa/Dimilki Myhome 2020

Adakah anda tahu? Kepada isi rumah yang mempunyai pendapatan dibawah RM3000 sebulan, anda boleh memiliki rumah dibawah Skim Program Perumahan Rakyat (PPR). Menarik bukan?

Program Perumahan Rakyat (PPR)

Program Perumahan Rakyat (PPR) adalah program kerajaan untuk memberi penempatan semula dan memenuhi keperluan tempat kediaman untuk golongan yang mempunyai pendapatan yang rendah. Jabatan Perumahan Negara, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan merupakan pusat agensi bagi program PPR di seluruh negara.Program Perumahan Rakyat (PPR) terdiri daripada 2 katogeri iaitu PPR disewa dan PPR dimiliki.

APAKAH CIRI-CIRI PROGRAM PERUMAHAN RAKYAT (PPR)?

Ciri-ciri PPR adalah seperti berikut:
  • ● Jenis rumah bertingkat antara 5 hingga 18 tingkat di kawasan bandar-bandar besa
  • ● Landed properties di pesisir dan pinggir bandar
  • ● Keluasan - Tidak kurang 700 kps
  • ● Binaan - 3 Bilik Tidur, 1 Ruang Tamu, 1 Ruang Dapur, 2 Bilik Air

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN UNTUK MEMOHON BANTUAN INI

SKIM PPR DIMILIKI :
  • ● Warganegara Malaysia
  • ● Berumur 18 tahun ke atas
  • ● Pendapatan isi rumah di bawah RM3,000 sebulan
  • ● Pemohon belum memiliki rumah
  • ● Mengikut syarat-syarat tambahan yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri

SKIM MYHOME
 :
  • ● Warganegara Malaysia
  • ● Berumur 21 tahun ke atas
  • ● Pembelian rumah pertama bagi satu isi rumah. Isi rumah merujuk kepada  pasangan suami dan isteri atau bujang sahaja. Pasangan sama ada suami atau isteri yang telah memiliki rumah bagi satu isi rumah adalah TIDAK LAYAK
  • ● Pendapatan isi rumah RM10,000 ke bawah

CARA UNTUK MEMOHON PPR

DAFTAR AKAUN PEMOHON
  1. Pastikan pemohon yang ingin untuk membuat permohonan PPR Disewa, Pemohon haruslah terlebih dahulu untuk membuat akaun seperti link yang telah disediakan. Pastikan pemohon klik link yang disediakan.
  2.  Klik : [ SISTEM PENGURUSAN PERUMAHAN RUMAH NEGARA. ]
  3. pastikan pemohon mengisi maklumat yang di perlukan seperti nama, no kad pengenalan, dan Alamat e-mail.

GUNAKAN EMAIL UNTUK MELAKUKAN PENGESAHAN

Pastikan e-mail yang anda didaftarkan adalah betul dan masih aktif.
Pemohon akan menerima email dari PENDAFTARAN AKAUN SKIM PERUMAHAN MAMPU MILIK untuk mengaktikkan akaun yang telah didaftarkan.
Pastikan pemohon klik pautan yang berwarna biru.

CONTOH : 
Sila klik pautan yang berwarna biru dan masukkan kata laluan, pastikan anda ingat kata laluan anda

PILIH SKIM PERUMAHAN YANG ANDA MAHU

1. Untuk permohonan pastikan pemohon memilih SKIM PPR DISEWA/SKIM PPR DIMILIKI/MYHOME.
2. Pastikan pemohon membaca semua syarat-syarat yang diperlukan sebelum klik "pilih skim yang di inginkan".
3. Pastikan pemohon mengisi semua maklumat yang diperlukan dan jangan ada yang terlepas.
4. Maklumat yang perlu diisi seperti maklumat permohonan, maklumat pendapatan, maklumat pasangan, dan maklumat tanggungan.

CONTOH : DOKUMEN SOKONGAN

1. Klik DOKUMEN SOKONGAN untuk menghantar semua maklumat yang di minta sebagai bukti.

2. Pastikan semua dokumen yang di hantar adalah dokumen berbentuk PDF dan tidak lebih 3MB.

CONTOH :
PENGESAHAN

1. Dokumen sokongan telah dihantar, seterusnya pemohon boleh membuat pengesahan berkenaan maklumat diisi dan dihantar adalah benar.
2. Selesai membuat pengesahan, semua pemohon tunggu langkah selanjutnya.

Semoga info ini berguna kepada mereka yang mempunyai penempatan setinggan dan pendapatan isi rumah dibawah RM3,000 sebulan. Semoga bermanfaat!

No comments:

Post a Comment