[TERKINI] Kerajaan Negeri Sarawak Akan Meneruskan Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 4.0 Sehingga Disember 2020 - Jawatan Malaysia Terkini!

Breaking

Join Channel Telegram Rasmi @Jawatanmalaysiaterkini

Saturday, October 31, 2020

[TERKINI] Kerajaan Negeri Sarawak Akan Meneruskan Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 4.0 Sehingga Disember 2020


MAKLUMAT BANTUAN KHAS SARAWAKKU SAYANG 4.0

[TERKINI] SARAWAK (KUCHING) - Kerajaan Negeri Sarawak kini mengambil keputusan untuk meneruskan Bantuan Khas Sarawakku Sayang 4.0 sehingga disember 2020 ini dengan tambahan kos sebanyak RM104.84 Juta.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg juga telah berkata, lanjutan itu akan melibatkan tujuh langkah yang perlu diperluas di bawah BKSS 2020.

BANTUAN KHAS SARAWAKKU SAYANG 4.0

Menurutnya, tujuh langkah itu adalah diskaun bil eletrik dan air; diskaun 50 peratus kadar sewa perumahan HDC; bantuan RM500 sektor e-hailing; diskaun sewa kepada penjaja; pemansuhan yuran lesen dan permit serta pemansuhan sewa PKS yang beroperasi di premis milik kerajaan negeri.

"Sepanjang enam bulan lalu, Kerajaan GPS menerima maklum balas positif daripada masyarakat dan pasukan petugas barisan hadapan yang mendapat manfaat daripada bantuan BKSS.

"Saya harap dengan lanjutan BSKK hingga hujung tahun ini akan memudahkan kehidupan rakyat di Sarawak yang terkesan akibat pandemik COVID-19," katanya.

Semak Status Permohonan Rayuan & Semakan Status Pembayaran  KLIK SINI

5 comments:

  1. Saya tak pernah dapat bantuan BSKk wpun saya layak.. Kerajaan negeri Sarawak masih tidak ikhlas memberi bantuan kepada rakyat. Seteruk kerajaan pusat saya dapat bantuan BPN setiap tahun.. Saya betul ridak puas hati dgn kerajaan GPS n TYT tak buat kerja utk rakyat.. Tanpa rakyat siapa kamu semua.. Rakyat teraniaya selalu doa dimakbul oleh Allah.

    ReplyDelete
  2. Adakah bantuan ini termasuk pemberian rm250 setiap bulan seperti sebelum ini?

    ReplyDelete
  3. Adakah duit akan masuk pada December ini

    ReplyDelete
  4. Saya bkks bujang 3.0 pun belum dapat dah jadi 4.0.. Huh..

    ReplyDelete